Program Kehamilan

Program Kehamilan Biodex merupakan program pemakanan yang membantu kesuburan isteri serta suami untuk meningkatkan peluang kehamilan secara semulajadi. Ia merangkumi panduan pemakanan dan gaya hidup untuk membantu mengatasi masalah yang mungkin dihadapi oleh sesebuah pasangan dan meningkatkan tahap kesuburan masing-masing.

PKB menghimpunkan beberapa produk yang diformulasi untuk membantu mengatasi pelbagai jenis masalah kesihatan yang menjejaskan peluang kehamilan. Ia terdiri dari produk kesihatan am serta produk kesihatan khusus untuk masalah-masalah tertentu. Oleh itu, pengambilan produk di bawah PKB sangat tertakluk kepada latar belakang serta tahap kesihatan sesebuah pasangan agar bertepatan dengan masalah yang dihadapi serta mampu membantu kehamilan dengan mudah dan cepat.

Terbukti Berjaya!

Dengan rekod bilangan pasangan yang telah berjaya menimang cahayamata sejak lebih 15 tahun lalu, PKB terbukti sangat berjaya! Ia melibatkan pasangan bukan sahaja dari seluruh negara dari Perlis hingga ke Sabah malah juga dari negara jiran, Brunei dan Singapura. Sehingga kini, ribuan pasangan telah berjaya menimang cahayamata setelah mengikuti PKB.

Ada di antara mereka yang lebih mudah hamil dan kini telah pun memiliki beberapa orang anak. Ada yang berjaya hamil kembar, ada yang berjaya hamil walaupun hanya dengan satu ovari, dan ada pula yang selamat menimang cahayamata selepas beberapa kali keguguran.

Berapa Lama Mengikuti PKB?

Secara purata, kebanyakan pengguna berjaya hamil selepas 2 ke 3 bulan mengikuti PKB. Ada yang lebih awal dan ada juga sedikit lewat. Ia berkait rapat dengan latar belakang kesihatan masing-masing serta disiplin dalam mengikuti panduan pemakanan dan gaya hidup yang dicadangkan.

Apa yang lebih menarik, tempoh perkahwinan dan penantian yang dilalui oleh para pasangan untuk mendapatkan cahayamata berbeza-beza. Ada yang 3 tahun, lebih 5 tahun, hampir 10 tahun malah ada yang lebih 10 tahun! Kebanyakannya mengikuti PKB untuk mendapatkan zuriat pertama dan sebahagiannya pula untuk mendapatkan zuriat yang kedua atau ketiga.

Ini memberi petunjuk bahawa terdapat pasangan yang gagal hamil anak kedua atau ketiga walaupun mudah hamil anak pertama. Ada juga yang tidak berhadapan masalah untuk hamil tetapi mudah keguguran setiap kali hamil. PKB membantu mengenalpasti punca dan mencadangkan panduan pemakanan yang bersesuaian dengan setiap permasalahan agar dapat diatasi dengan mudah dan cepat.

Boleh Diambil Sebagai Supplement

Oleh kerana fungsinya yang membantu mengatasi masalah-masalah khusus wanita seperti kitaran haid, hormon, ketumbuhan, lendiran, lelehan dan saluran falopio yang tersumbat yang bukan sahaja dihadapi oleh wanita berkahwin, produk-produk di bawah PKB boleh diambil oleh sesiapa sahaja yang mengalami masalah berkaitan.

Selain itu, sebahagian pengguna menjadi pengguna setia beberapa produk di bawah PKB walaupun setelah berjaya melahirkan cahayamata kerana kesan baik dari sudut kesihatan am dan kekuatan tubuh badan yang dirasai. Ini membuktikan bahawa produk Biodex boleh diambil sebagai pemakanan tambahan (supplement) walaupun bukan untuk tujuan kehamilan. Ia juga terbukti baik untuk pelbagai peringkat usia bagi memelihara kekuatan, kesegaran dan daya tahan tubuh.

Dari Sebelum Kehamilan hingga Tempoh Berpantang

PKB turut menyediakan rangkaian produk yang amat baik untuk ibu-ibu hamil, ibu-ibu yang bakal bersalin dan ibu-ibu yang sedang berpantang. Ini kerana di bawah PKB, berusaha untuk hamil adalah satu fasa, manakala berusaha untuk mengekalkan kehamilan (kesihatan ibu dan kandungan) adalah fasa yang berikutnya. Begitu juga fasa kelahiran agar ibu hamil mudah bersalin dan fasa berpantang agar ibu bersalin segera pulih serta terpelihara kesihatannya dan bayi.

Ini menjadikan PKB sebagai panduan pemakanan dan perawatan yang komprehensif bermula dari fasa sebelum kehamilan sehinggalah selepas bersalin. PKB menyediakan rangkaian produk yang memenuhi keperluan setiap pasangan sama ada untuk kehamilan, semasa kehamilan mahupun selepas kehamilan.