Sukar Hamil Walaupun Kitaran Haid Teratur

Puan Mazlita Mustakim, Terengganu

Masalah: Sukar Hamil

Dari sudut kesihatan saya tidak mengalami sebarang masalah yang boleh dikaitkan dengan sukar hamil. Kitaran haid saya juga normal dan datang tepat setiap bulan. Namun selepas setahun mendirikan rumahtangga saya masih juga belum hamil. Walaupun tempoh tersebut mungkin masih awal tetapi saya tidak mahu menunggu lama untuk menimang cahayamata.

Lalu saya memutuskan untuk mencuba produk Biodex setelah beberapa kali membaca mengenainya di majalah dan laman webnya. Setelah menghubungi dan mendapatkan rundingan daripada perunding Biodex, kami telah mendapatkan satu Set Lengkap Biodex untuk saya amalkan dan produk Skyherbs Honey untuk diambil oleh suami. Kesemua produk disertakan dengan panduan pengambilan supaya kami dapat mengamalkannya dengan betul dan konsisten.

Setelah mengamalkan produk Biodex, saya dapati banyak perubahan yang saya rasai. Tubuh saya menjadi lebih cergas, bertenaga dan tidak mudah kelesuan. Malah suami saya juga turut merasai kesan positif pada dirinya. Walaupun agak lama juga saya mengamalkan produk Biodex dan masih belum berjaya hamil, namun saya berpuas hati dengan kesannya dan tidak ragu-ragu untuk terus mengamalkannya.

Akhirnya berita gembira yang diimpikan oleh saya dan suami tiba juga. Alhamdulillah, saya telah disahkan hamil selepas menjalani pemeriksaan di klinik apabila haid saya lewat hampir sebulan. Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana ikhtiar saya dengan Biodex akhirnya berhasil walaupun lebih lama berbanding kebanyakan pengguna yang lain.

Teruja dengan hasil yang saya dapati dari produk Biodex membuatkan saya yakin untuk mengamalkan Set Semasa Hamil Biodex pula sepanjang kehamilan. Pengambilan produk Biodex seolah-olah menjadi rutin harian saya sejak beberapa bulan yang lalu. Alhamdulillah, kesannya juga sangat memuaskan dan saya tidak mengalami sebarang alahan sepanjang kehamilan. Aktiviti harian saya juga tidak terjejas walaupun ketika sarat mengandung. Lebih menggembirakan saya dan suami, saya mampu berpuasa penuh di bulan Ramadhan.

Alhamdulillah, akhirnya saya selamat melahirkan seorang cahayamata lelaki secara normal. Ini merupakan saat-saat yang sangat manis dan bermakna buat saya dan suami. Saya amat berterima kasih kepada Biodex, malah semasa dalam pantang pun saya masih lagi mengambil produk Biodex dengan mengamalkan Supremix untuk membantu membekalkan khasiat dan tenaga sepanjang berpantang. Syukur Alhamdulillah, terima kasih Biodex!

Dapatkan Produk Biodex

Kongsi Artikel Ini.. Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterEmail this to someonePrint this page