4 Tahun Saya Menanti Zuriat, Menderita Senggugut Sejak Remaja, Akhirnya Berjaya Hamil Dalam Sebulan

Puan Norhidayah Ahmad Umar, Kuala Lumpur

Masalah: Senggugut, Sukar Hamil

Setahun selepas perkahwinan, haid saya menjadi tidak normal, masalah senggugut yang memang telah sedia ada sejak dari usia remaja lagi kini semakin menjadi-jadi. Sudah 4 tahun saya menanti, namun impian saya bergelar ibu masih tidak menampakkan tanda-tanda.

Memang saya tidak pernah mendapatkan sebarang rawatan dari doktor melainkan ubat tahan sakit sahaja bagi mengatasi masalah senggugut. Saya masih ingin cuba hamil secara semulajadi. Sepanjang tempoh 4 tahun itu juga, telah banyak iktiar secara tradisional yang telah saya lakukan, tetapi masih tidak ada perubahan. Kecewa dengan ikhtiar yang tidak berhasil, saya terfikir untuk mencuba kaedah alternatif yang mampu memberikan kesan positif, walaupun bukan hamil dalam tempoh terdekat. Sekurang-kurangnya masalah haid dan senggugut saya berjaya diatasi.

Akhirnya saya tergerak hati untuk mencuba produk Biodex yang saya kenali dari majalah. Setelah mendapatkan persetujuan suami, saya berkunjung ke HQ untuk mendapatkan rundingan. Begitu teruja dengan penerangan dari perunding Biodex, saya terus memulakan pengambilan produk Biodex. Alhamdulillah, saya tidak perlu menunggu lama untuk melihat hasilnya. Bulan pertama, haid saya keluar dengan lancar. Masalah senggugut yang saya alami sejak remaja juga hilang serta merta. Produk Biodex memang betul-betul berkesan. Pada saya, itulah yang paling penting. Masalah haid dan senggugut saya sudah berjaya diatasi. Soal kehamilan, saya serahkan kepada Ilahi untuk menentukannya.

Bulan kedua pengambilan, saya tidak datang haid pada masanya. Saya kembali kecewa. Baru sebulan saya masalah saya selesai, kini ianya kembali kepada sediakala. Mujur suami saya terus memberikan sokongan. Kerana haid yang lewat, saya hentikan pengambilan semua produk kecuali Supremix dan Susu IGC seperti yang disarankan oleh perunding Biodex.

Untuk menyenangkan hati, saya dan suami ke klinik untuk membuat pemeriksaan. Sangkaan saya meleset sama sekali. Doktor telah mengesahkan saya hamil. Tiada kata yang mampu saya dan suami ucapkan melainkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga di atas kurniaan Nya.

Khabar gembira ini saya kongsikan bersama kedua-dua belah keluarga. 4 tahun penantian, kini saya benar-benar telah disahkan hamil. Memang sangat di luar jangkaan saya dan suami kerana tempoh pengambilan produk Biodex saya tidak mengambil masa yang lama, syukur Alhamdulillah.

Sepanjang kehamilan, saya tidak mengalami apa-apa alahan, Cuma masalah sembap kaki dan tangan sahaja. Alhamdulillah, akhirnya saat yang kami nantikan tiba jua. Saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang sihat, sempurna dan comel. Syukur ke hadrat Allah di atas pemberianNya ini dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Biodex, yang menjadi alat untuk saya berjaya untuk bergelar ibu. Terima kasih Biodex!

Kongsi Artikel Ini.. Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterEmail this to someonePrint this page