Tiub Falopio Saya Tidak Sempurna, Ikhtiar IVF Gagal, Akhirnya Saya Berjaya Hamil

Puan Nurul Azrina Mohd Yazit, Perak

Masalah: Cyst, Tiub Falopio, Sukar Hamil

Saya telah berumahtangga selama 6 tahun. Saya mula mengetahui mengenai Biodex ini melalui iklan di TV. Sejak itu saya telah mengambil Set Kehamilan Biodex dengan konsisten mengikut segala panduan dan tips yang telah diberikan.

Setelah hampir 6 bulan mengamalkan Biodex, saya masih tidak berjaya hamil. Dengan perasaan kecewa dan tertekan, saya mengunjungi pakar sakit puan untuk menjalani pemeriksaan. Hasil yang didapati sangat mengejutkan, saya mengalami masalah yang boleh disifatkan sebagai hampir mustahil untuk hamil. Ovari kanan saya mempunyai dua ketul cyst yang perlu dibuang melalui pembedahan. Selain itu, tiub falopio sebelah kiri pula mengalami ‘kecacatan semulajadi’ di mana ia tidak mampu menangkap ovum. Keadaan itu bermakna saya memiliki ovari kiri yang sihat tetapi tiub falopionya cacat, dan tiub falopio kanan yang sempurna tetapi ovari yang telah terjejas kuantiti dan kualiti akibat jangkitan cyst. Doktor menyifatkan peluang saya untuk hamil amat tipis dan hampir mustahil.

Hasrat yang mendalam untuk hamil membuatkan saya tidak berputus asa. Saya mengambil clomid dan pil kesuburan namun tidak membuahkan hasil. Saya juga pernah mencuba kaedah IVF sebagaimana disarankan oleh doktor, tetapi juga tidak berhasil. Betapa luluhnya hati saya setelah melalui pelbagai prosedur yang menyiksakan dan menaruh sepenuh harapan, namun yang berlaku adalah sebaliknya. Seramai 8 orang yang menjalani IVF bersama-sama saya, kesemuanya berjaya hamil, kecuali saya.

Setelah kaedah IVF gagal, saya memutuskan untuk menghentikan segala rawatan klinikal. Namun, sepanjang tempoh tersebut, saya tidak pernah berhenti mengambil produk Biodex. Selain dari kesihatan yang lebih baik yang saya perolehi, jauh di sudut hati kecil saya masih berharap agar keajaiban berlaku. Tambahan pula ipar saya yang mengambil Biodex setelah melihat saya mengambilnya telah pun hamil dengan 2 bulan pengambilan.

Sehinggalah pada satu hari, saya mengalami kesakitan pada ari-ari seperti senggugut, di pinggang dan di belakang badan. Tetapi ketika itu saya tidak pula datang haid walaupun tarikh jangkaannya telah hampir. Lalu pada tarikh sepatutnya saya datang haid, saya cuba lakukan ujian kehamilan menggunakan UPT. MasyaAllah! Saya bagaikan tidak percaya apabila melihat 2 garisan pada alat tersebut. Saya benar-benar tersentuh mengagumi keagungan dan kebesaran Allah. 4 tahun saya mengambil Biodex, akhirnya keajaiban yang saya harapkan telah dimakbulkan Allah. Kehamilan ini membuktikan segala kecekalan ikhtiar saya dan pengorbanan wang ringgit yang dibelanjakan selama 4 tahun mengambil Biodex amatlah berbaloi.

Itulah kekuasaan Allah S.W.T yang Maha Pemberi dan Maha Penyayang. Ikhtiar hambanya yang tidak mengenal jemu dan diiringi dengan kecekalan dan keyakinan, lebih-lebih lagi dengan Biodex yang terbukti antara pemakanan kesihatan yang terbaik, akhirnya impian lama terpendam tercapai juga. Saya yakin Biodex adalah pilihan terbaik untuk kaum wanita di Malaysia melengkapkan status mereka sebagai seorang isteri, insyaAllah.

Puan Veevi Hazzah Abd Razak, Sarawak

Kongsi Artikel Ini.. Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterEmail this to someonePrint this page