Saya Mengimpikan Anak Keempat di Usia Lewat, Alhamdulillah Berjaya Hamil Dengan Biodex

Puan Roslinah Hj Ros, Selangor

Masalah: Sukar Hamil Anak Keempat

Saya telahpun mempunyai 3 orang cahayamata. Namun rindu dengan tawa dan tangisan seorang bayi, naluri keibuan saya begitu kuat mendorong saya untuk memiliki cahayamata seterusnya. Apatah lagi anak ketiga saya sudah pun berusia 9 tahun. Walau bagaimanapun, segala usaha kami belum berhasil. Mungkin kerana faktor umur saya dan suami, tahap kesuburan kami sudah semakin menurun.

Dari sudut kesihatan, alhamdulillah saya memang tidak mempunyai sebarang masalah wanita sejak dari dulu. Kitaran haid saya teratur, lancar dan saya tidak mengalami senggugut atau keputihan yang teruk. Namun kitaran haid saya ada juga lewat 3 ke 4 hari atas faktor stress. Setiap kali haid terlewat, saya akan melakukan ujian UPT namun terus hampa melihat keputusan yang negatif.

Setelah saya disahkan menjadi pengedar produk Biodex, saya semakin bermotivasi untuk hamil. Selain memang hasrat saya dan suami untuk mendapatkan cahayamata seterusnya, ia jugak akan menjadi testimoni buat pelanggan-pelanggan saya.

Di bulan pertama pengambilan produk Biodex, saya dapat rasai kesannya dengan ketara. Walaupun masih belum berjaya hamil, tapi badan saya terasa lebih cergas dan bertenaga. Di usia menghampiri 40 tahun, saya masih lagi bersemangat dan tidak lesu menjalankan tugas-tugas harian. Saya meneruskan lagi pengambilan produk Biodex pada bulan berikutnya kerana tekad untuk berusaha sehingga saya berjaya hamil anak keempat.

Alhamdulillah, hanya pada bulan kedua pengambilan, haid saya lewat 10 hari. Saya mulai rasa tanda-tanda mual dan loya. Perasaan saya semakin teruja dan naluri saya kuat mengatakan yang saya telah berjaya hamil. Syukur ke hadrat Allah S.W.T, produk Biodex memang berkesan. Hasil keputusan UPT saya menunjukkan positif. Saya sangat-sangat gembira dengan kehamilan kali ini dan tidak sabar rasanya mendengar suara tawa dan tangis bayi di rumah kami.

Semasa tempoh kehamilan, saya mengambil pula Set Semasa Hamil Biodex. Di samping untuk merasai kesan dan perbezaannya berbanding kehamilan sebelum ini, saya berazam untuk menjaga kandungan ini sebaik-baiknya kerana di usia yang sudah agak lewat ini bimbang juga berlaku sebarang masalah atau komplikasi. Saya ikuti segala petua dan pantang larang sambil tidak berhenti berdoa ke hadrat Ilahi. Kesan pengambilan Set Semasa Hamil Biodex, saya masih terasa aktif, cergas dan tidak tidak lesu walaupun sedang mengandung. Rutin harian saya berjalan dengan sempurna, dan saya akui memang saya dapat rasakan perbezaannya berbanding kehamilan sebelum ini.

Disebabkan saya sentiasa bergerak cergas dan aktif sepanjang kehamilan, saya melahirkan bayi saya 10 hari lebih awal dari tarikh yang dijangkakan. Alhamdulillah, saya selamat bersalin bayi lelaki yang sihat dan sempurna secara normal. Kelahirannya disambut penuh kesyukuran dan kegembiraan oleh suami dan anak-anak.

Selaku agen bertauliah Biodex, saya sendiri telah merasai pengalaman mengamalkan produk Biodex dari sebelum hamil, semasa hamil dan selepas bersalin. Justeru pengalaman yang saya rasai, ingin sekali saya kongsikan bersama-sama pengguna Biodex. Semoga impian anda untuk menimang cahayamata akan juga menjadi kenyataan, insyaAllah.

Kongsi Artikel Ini.. Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterEmail this to someonePrint this page