Masalah Senggugut yang Teruk Selesai, Berjaya Hamil Setelah 2 Tahun Menanti Zuriat

Puan Veevi Hazzah Abd Razak, Sarawak

Masalah: Sukar Hamil, Senggugut

Menanti kehadiran zuriat selama 2 tahun, bagaikan bertahun-tahun lamanya. Perasaan sunyi membuatkan hari-hari yang dilalui terasa begitu lambat dan kosong. Saya sering tertekan dan mudah tersinggung apabila diajukan pertanyaan tentang anak. Tambahan pula saya tinggal berjauhan dengan suami. Namun saya bersyukur kerana suami dan ahli keluarga memahami perasaan saya dan sentiasa memberi kata-kata semangat dan sokongan.

Saya menghadapi masalah senggugut yang teruk terutama pada tiga hari pertama datang haid. Ia mungkin sedikit sebanyak berkaitan dengan masalah sukar hamil yang saya hadapi. Setelah menjalani pemeriksaan, saya telah diberikan pil hormon sebagai ikhtiar untuk mengatasi masalah tersebut. Selain itu, saya juga telah menjalani rawatan urutan kampung dan mengamalkan pelbagai produk berasaskan herba. Namun, kesemua ikhtiar saya tidak berhasil.

Apabila saya terbaca mengenai produk Biodex di dalam sebuah majalah, saya terasa terpanggil untuk mencubanya. Setelah mendapat persetujuan suami, saya segera mengunjungi stokis Biodex yang terdekat untuk mendapatkan keterangan lanjut. Setelah yakin dengan penjelasan yang diberikan oleh perunding kehamilan Biodex di stokis tersebut, saya bersetuju untuk mengambil Set Kehamilan Lengkap Biodex.

Selama pengambilan Biodex, setiap minggu pasti ada penurunan berat badan. Badan saya juga terasa lebih sihat, cergas, bertenaga dan emosi saya juga lebih stabil dan positif. Apa yang paling menggembirakan, masalah senggugut yang saya alami selama ini juga sudah tiada lagi. Alhamdulillah, saya amat gembira dan kagum dengan kesan yang saya dapati hasil pengambilan produk Biodex.

Alhamdulillah, akhirnya selepas tiga bulan mengamalkan Set Kehamilan Biodex, saya telah disahkan hamil. Saya sangat gembira dan bersyukur dengan kehamilan yang amat saya nanti-nantikan sejak dari awal perkahwinan lagi. Syukur ke hadrat Ilahi kerana impian saya untuk bergelar seorang ibu hampir menjadi realiti.

Teruja dengan kehamilan ini, saya mengambil Set Semasa Hamil Biodex sepanjang kehamilan untuk memelihara kesihatan saya dan kandungan. Alhamdulillah, saya tidak mengalami alahan dan juga kekal cergas dan bertenaga sepanjang kehamilan, malah, kandungan saya didapati sangat sihat dan membesar mengikut jadual.

Akhirnya penantian saya untuk menimang cahayamata berakhir juga. Alhamdulillah, saya selamat melahirkan zuriat sulung saya secara normal di samping suami tersayang. Pertama kali memangkunya, perasaan saya sangat terharu dan teruja kerana akhirnya saya dapat bergelar ibu kepada zuriat dari darah daging sendiri. Kehidupan saya mula berubah. Segala perasaan sunyi, kosong, rendah diri dan tertekan sudah berlalu dan tinggal menjadi kenangan. Rumahtangga saya dan suami lebih ceria dengan kehadiran buah hati yang sudah lama kami nantikan.

Kini saya telah menjadi sebahagian daripada kisah-kisah kejayaan Biodex. Oleh itu, saya amat menyarankan kepada para pasangan yang sedang mengimpikan kehadiran cahayamata supaya segera mencuba Biodex, insyaAllah berkesan.

Puan Veevi Hazzah Abd Razak, Sarawak

Kongsi Artikel Ini.. Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterEmail this to someonePrint this page