Selepas Tiga Tahun, Masalah Kitaran Haid Tidak Teratur dan Sukar Hamil Akhirnya Selesai

Puan Anum Mantali, Sarawak

Masalah: Kitaran Haid Tidak Teratur, Sukar Hamil

Saya telah berkahwin lebih setahun, tapi masih tidak hamil. Sudah banyak rawatan kehamilan yang saya cuba termasuklah rawatan urutan kampung, namun selepas menjalani rawatan, kitaran haid saya menjadi tidak teratur sehingga kadangkala hanya datang 2 bulan sekali. Saya semakin risau kerana harapan saya dan suami untuk menimang cahayamata amat tinggi. Selain itu, pelbagai produk pemakanan dari pelbagai jenama telah saya cuba, namun takdir masih juga tidak menyebelahi kami.

Saya mula terfikir untuk mengambil produk Biodex setelah terbaca pengakuan pengguna di dalam sebuah majalah. Pada mulanya saya agak ragu untuk mencuba kerana telah banyak produk-produk pemakanan yang ternyata gagal membantu saya hamil. Namun setelah beberapa kali membaca kisah-kisah pengakuan yang disiarkan, saya memutuskan untuk mencuba produk Biodex.

Setelah bertemu sendiri dengan perunding Biodex, saya dan suami amat berpuas hati dengan keterangan yang kami dapat tentang produk Biodex. Penerangan beliau tentang langkah-langkah mempercepatkan kehamilan serta tips-tips berguna telah meningkatkan keyakinan kami untuk mencubanya. Saya memutuskan untuk mencuba Set Lengkap Biodex, manakala suami saya pula mendapatkan Set Kesuburan Lelaki.

Sebelum mengamalkan produk Biodex, saya sering mengalami sakit-sakit sendi dan masalah angin. Namun setelah mengamalkannya dengan konsisten selama hampir sebulan, saya dapati masalah yang saya hadapi semakin berkurangan. Tidur saya lebih lena dan saya tidak lagi mudah keletihan atau tertekan. Saya dapat rasakan kesihatan saya bertambah baik serta mental dan emosi saya juga lebih kuat. Keadaan ini menguatkan keyakinan saya terhadap Biodex berbanding produk-produk lain yang pernah saya amalkan, jadi saya teruskan pengambilan untuk bulan kedua dan ketiga.


Pada bulan berikutnya, haid saya tidak datang seperti biasa. Tanpa berfikir panjang saya terus membuat ujian UPT. Alangkah terujanya perasaan saya apabila tertera dua garisan yang menandakan keputusannya positif. Dengan penuh harapan saya ke klinik untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut. Maha Suci Allah! Memang saya telah hamil! Tidak terucap rasa syukur dan gembira saya dan suami apabila doktor mengesahkan saya telah hamil. Syukur kepada Allah S.W.T kerana ikhtiar kami dengan Biodex telah pun berhasil dengan izin-Nya.

Di awal kehamilan, saya mengalami alahan sehingga sering pening dan muntah. Tidak tahan dengan keadaan tersebut, saya merujuk kepada perunding Biodex untuk mendapatkan cadangan. Saya dicadangkan untuk mengambil Set Semasa Hamil Biodex. Alhamdulillah, ia memang ternyata berkesan. Saya tidak lagi mengalami alahan, malah terasa cergas dan bertenaga sepanjang kehamilan. Lebih menggembirakan, saya juga tidak mengalami masalah kenaikan berat badan yang ketara. Setiap kali menjalani pemeriksaan, doktor mengesahkan kandungan saya sihat dan membesar mengikut jadual.


Akhirnya setelah 3 tahun menanti zuriat, impian kami telah menjadi nyata. Saya selamat melahirkan seorang puteri dan 2 tahun selepas itu, kami menerima zuriat kedua pula. Alhamdulillah, saya tidak lagi menghadapi masalah sukar hamil. Saya amat bersyukur ke hadrat Allah S.W.T atas kurniaan anugerah ini. Terima kasih Biodex!
Kongsi Artikel Ini.. Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterEmail this to someonePrint this page