Masalah Datang Bulan Boleh Menyebabkan Tiub Falopio Tersumbat dan Sukar Hamil

Puan Dora ak Tutung, Sarawak

Masalah: Kitaran Haid Tidak Teratur, Tiub Tersumbat, Sukar Hamil

Saya mengalami masalah kitaran haid yang tidak teratur serta senggugut. Saya hanya didatangi haid antara 2 ke 3 kali sahaja setahun. Apabila didatangi haid pula, saya pasti akan mengalami kesakitan yang teruk. Agak lama juga masalah ini berlarutan. Tahun berganti tahun, saya semakin tertekan apabila saya masih juga tidak menimang cahayamata.

Saya pernah bertemu pakar dan menjalani pemeriksaan bagi mengenalpasti puncanya secara tepat serta mendapatkan cadangan penyelesaian yang terbaik. Hasil pemeriksaan tersebut, tiub falopio saya didapati tersumbat dan ini menjadi sebahagian punca masalah sukar hamil yang saya hadapi. Susulan dari itu, saya mula mengambil pil hormon sebagaimana yang disarankan oleh pakar bagi membantu mengatasi masalah saya. Namun ia tidak mendatangkan sebarang hasil.

Saya mengetahui tentang Biodex melalui sebuah majalah. Tertarik dengan keterangan produk serta pengakuan pengguna tentang Biodex, saya segera berkunjung ke stokis di Kuching. Setelah mendapat keterangan dan penjelasan yang diperlukan, saya bersetuju untuk mengambil Set Kehamilan Biodex untuk diamalkan.

Hanya sebulan setengah sahaja mengamalkan produk Biodex, saya akhirnya disahkan hamil. Saya sangat terkejut kerana tidak menyangka secepat dan semudah ini saya hamil. Ternyata produk Biodex memang berkesan dan saya bersyukur kerana dipertemukan dengannya.

Di awal kehamilan, saya mengalami masalah sukar tidur, migrain dan alahan. Perunding Biodex menyarankan saya untuk mengambil Set Semasa Hamil Biodex bagi membantu mengatasi masalah yang saya hadapi. Sungguh mengagumkan kerana alahan dan migrain beransur hilang, tiada lagi masalah sukar tidur dan saya terasa lebih sihat, cergas dan bertenaga.

Ketika kandungan berusia 9 bulan, saya mengalami tekanan darah tinggi dan terpaksa ditahan di hospital selama 2 hari. Syukur kepada Tuhan, tiada sebarang komplikasi berlaku dan saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan secara normal. Hati saya amat tersentuh ketika pertama kali memangku dan menatap wajahnya. Tubuh badannya sempurna, kelihatan sihat serta kulitnya cerah, bersih dan halus. Saya akhirnya telah bergelar seorang ibu setelah sekian lama sabar dan tabah menanti saat yang indah dan penuh bermakna ini.

Saya berasa amat bertuah kerana mendapat tahu tentang Biodex dan berpeluang untuk mengamalkannya dari sebelum hamil sehinggalah habis tempoh berpantang. Kini saya tidak lagi menghadapi masalah kitaran haid, senggugut mahupun sukar hamil. Malah saya baru sahaja menimang cahayamata kedua. Terima kasih Biodex!

Kongsi Artikel Ini.. Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterEmail this to someonePrint this page