Enam Tahun Menanti Zuriat Walaupun Disahkan Tidak Bermasalah

Puan Syarifah Aziana Syed Salim, Kuala Lumpur

Masalah: Sukar Hamil

Saya berikhtiar dengan produk Biodex selepas 6 tahun mendirikan rumahtangga tanpa kehadiran cahayamata. Sepanjang tempoh tersebut saya telah berusaha dengan pelbagai ikhtiar termasuk mengambil ubatan dan menjalani urutan. Peliknya apabila menjalani pemeriksaan, doktor mengesahkan saya dan suami tidak mengalami sebarang masalah.
Peringkat awal selepas menggunakan produk Biodex, saya dapati datang bulan saya lebih lancar dan badan juga terasa lebih segar dan ringan. Suami saya yang mengambil Set Kesuburan Lelaki juga mengakui kebaikan produk Biodex. Beliau tidak lagi mudah keletihan dan boleh mengawal selera makan.

Walau bagaimanapun, saya tidak konsisten mengambil produk Biodex. Kadang-kadang ambil dan kadang-kadang tidak. Memang biasanya saya sangat susah untuk mengambil produk pemakanan kesihatan tambahan dengan konsisten.

Akhirnya selepas lebih setahun, saya bertekad untuk mengambil produk Biodex dengan konsisten atas sokongan dan galakan daripada perunding Biodex. Alhamdulillah, selepas tiga bulan berturut-turut mengambil produk Biodex dengan konsisten akhirnya saya berjaya hamil.

Memang tidak terluah perasaan saya apabila disahkan bakal menimang cahayamata kerana itulah pertama kali saya hamil sepanjang berumahtangga. Alhamdulillah, kini saya dan suami telahpun dianugerahkan seorang bayi perempuan yang kami namakan Syarifah Alawiyah Syed Jaafar. Syukur ke hadrat ilahi atas anugerah yang amat bernilai bagi kami.

Kepada anda yang masih mengimpikan kehadiran cahayamata, cubalah berikhtiar dengan produk Biodex. Jika anda inginkan kesan yang lebih baik dan cepat, berikhtiarlah dengan konsisten. InsyaAllah, semoga anda juga bakal menimang cahayamata hasil ikhtiar dengan produk Biodex yang sememangnya telah pun terbukti berkesan.

Dapatkan Produk Biodex

Kongsi Artikel Ini.. Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterEmail this to someonePrint this page