Masalah Senggugut Sejak Sebelum Berkahwin Menjejaskan Tugasan Harian Saya

Puan Ruzi, Kuala Lumpur

Masalah: Senggugut, Sukar Hamil

Saya telah mengalami masalah senggugut sejak sebelum berkahwin lagi. Walaupun tidak kerap, namun apabila datang haid, saya akan mengalami kesakitan yang menyiksakan. Tugasan mahupun aktiviti harian saya sering terjejas akibat kesakitan tersebut. Selepas berkahwin, masalah senggugut yang saya alami semakin kerap. Boleh dikatakan hampir setiap kali didatangi haid saya akan mengalamin-ya. Ia benar-benar merunsingkan saya. Apatah lagi setelah perkahwinan saya melepasi usia 2 tahun saya masih juga tidak hamil. Saya tidak pasti sama ada masalah sukar hamil yang saya hadapi mempunyai kaitan dengan masalah senggugut saya yang berpanjangan. Bimbang masalah sukar hamil berlarutan, saya telah membuat pemeriksaan doktor bagi mengenalpasti punca dan mendapatkan khidmat nasihat. Walau bagaimanapun, saya cuma diberikan pil hormon untuk diamalkan.
 
Setelah beberapa lama mengamalkan pil tersebut, tiada kesan ketara yang saya dapati. Bukan sahaja saya masih tidak hamil, malah masalah senggugut yang saya alami masih juga berlarutan. Saya menjadi semakin resah dan tertekan dengan situasi tersebut. Selain buntu memikirkan apakah pilihan ikhtiar yang terbaik, saya juga sering kesunyian, rendah diri dan mudah tersentuh apabila berbicara tentang anak.
 
Saya mendapat tahu tentang produk Biodex setelah terbaca mengenainya di dalam satu ruangan di majalah Mingguan Wanita. Kisah pengakuan pengguna serta keterangan produk yang disiarkan menarik perhatian saya untuk mengetahui lebih lanjut. Setelah berbincang dengan suami, kami segera berkunjung ke stokis Biodex yang terdekat. Perunding kehamilan Biodex telah menerangkan kepada kami tentang produk Biodex, fungsinya, set-set bersesuaian serta bagaimana ia boleh membantu mengatasi masalah yang saya hadapi dan mempercepatkan kehamilan. Setelah bersetuju untuk berikhtiar dengan PKB, saya dan suami telah mendapatkan Set Kesuburan Lengkap Biodex untuk suami dan isteri. Saya amat terharu bila suami sedia untuk sama-sama mengamalkannya sebagai sokongan kepada saya serta ikhtiar untuk membantu meningkatkan peluang saya hamil dengan lebih cepat.
 
Setelah mengamalkan produk Biodex, kesannya memang ketara dirasai oleh saya dan suami. Kami rasa lebih sihat, cergas dan bertenaga. Kira-kira empat bulan mengamalkan produk Biodex, haid saya tidak datang pada tarikh yang dijangkakan. Hati saya berdebar-debar mengharapkan ia satu petanda yang saya telah hamil kerana haid saya sebelum ini teratur dan jarang-jarang sekali terlewat. Tanpa menanti lebih lama, saya melakukan ujian kehamilan menggunakan UPT untuk mendapatkan kepastian. Saya bagaikan hilang kata-kata apabila melihatkan hasil ujian pada alat UPT tersebut. Alhamdulillah, saya berjaya hamil. Namun untuk mengesahkan hasil ujian tersebut, saya menjalani pemeriksaan di klinik pula. Syukur alhamdulillah, hasil pemeriksaan mendapati saya benar-benar telah hamil. Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat ilahi kerana akhirnya penantian saya dan suami untuk menimang cahayamata bakal menjadi kenyataan.
 
Yakin dengan keberkesanan Biodex, saya mendapatkan pula Set Semasa Hamil Biodex untuk diamalkan sepanjang kehamilan. Syukur alhamdulillah, saya tidak mengalami alahan seperti sebahagian ibu-ibu hamil yang lain. Malah saya juga kekal cergas dan bertenaga sepanjang kehamilan dan kandungan saya juga disahkan membesar mengikut jadual apabila dibuat pemeriksaan.
 
Pada tarikh 14 September, saya selamat melahirkan zuriat pertama kami, seorang bayi perempuan yang sihat dan sempurna. Syukur alhamdulillah kerana akhirnya impian kami untuk menjadi ayah dan ibu kepada zuriat sendiri akhirnya termakbul. Saya amat bersyukur kerana dipertemukan dengan Biodex dan akhirnya dianugerahkan menjadi seorang ibu oleh Yang Maha Esa.
Puan Ruzi, Kuala Lumpur

Dapatkan Produk Biodex

Kongsi Artikel Ini.. Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterEmail this to someonePrint this page