Dalam Masa 2 Bulan Sahaja, Kuantiti Sperma Suami Meningkat Dengan Ketara

Puan Siti Farhanah Jaafar, Selangor

Masalah: Keguguran, Suami Kurang Sperma

Masalah untuk saya menimang cahayamata bermula seawal tahun pertama perkahwinan lagi. 5 bulan selepas berkahwin, saya telah ditakdirkan hamil. Malangnya saya telah keguguran ketika kandungan berusia 10 minggu dan saya telah menjalani proses D&C bagi mencuci rahim.

Sejak dari itu saya tidak pernah hamil lagi walaupun setelah setahun berlalu. Penantian yang lama itu akhirnya membawa saya dan suami untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan. Tanpa menjalani pemeriksaan yang rapi, saya telah diberikan pil kesuburan sebagai ikhtiar untuk membantu kehamilan. Namun selepas beberapa lama mengamalkannya, saya masih juga tidak hamil. Malah kelihatan seperti haid saya pula yang terjejas apabila keluarnya sedikit berbanding sebelumnya.

Tidak berputus asa, kami cuba mendapatkan pandangan dari doktor lain pula. Kali ini doktor tersebut mencadangkan kami untuk berikhtiar melalui kaedah IUI. Namun pemeriksaan mendapati suami saya mengalami masalah kurang sperma. Oleh itu, beliau telah diberikan ubatan untuk diambil bagi membantu meningkatkan kuantiti sperma. Setelah mengamalkannya, kuantiti sperma meningkat sedikit, tetapi kaedah IUI tetap gagal.

Saya mula-mula terbaca tentang Biodex di majalah Mingguan Wanita, di mana ramai pengguna telah mendapat kesan positif setelah berikhtiar dengannya. Dalam fikiran saya, jika orang lain boleh berjaya, mengapa tidak saya dan suami. Saya semakin teruja apabila suami tidak membantah dah sedia untuk sama-sama ke stokis Biodex yang berhampiran. Manalah tahu, takdik Allah S.W.T ikhtiar kami berjaya dan kami bakal bergelar ibu bapa sepertimana pasangan yang lain.

Sewaktu berkunjung ke stokis Biodex berhampiran, setelah mendapatkan rundingan kehamilan yang cukup lengkap dan jelas dari perunding Biodex, kami telah membuat keputusan untuk mendapatkan Set Kesuburan Lelaki Biodex untuk diamalkan suami bagi membantu mengatasi masalah sperma kurang kuantiti yang dihadapinya.

Setelah beberapa minggu mengamalkan Set Kesuburan Lelaki Biodex, saya difahamkan oleh suami yang tubuhnya terasa lebih segar dan bertenaga setiap hari. Lebih menggembirakan, pemeriksaan mendapati ada peningkatan yang ketara pada kuantiti sperma suami. Kami menjadi sangat teruja dengan perkembangan tersebut, lalu saya memutuskan untuk mengambil Set Kesuburan untuk Isteri pula di samping suami meneruskan pengambilan Set Kesuburan Lelaki. Alhamdulillah, haid saya kembali normal dan tubuh saya juga terasa lebih segar, cergas dan tidak kelesuan.

Syukur, 2 bulan selepas pengambilan produk Biodex, saya telah disahkan hamil. Tidak sia-sia saya berikhtiar dengan produk Biodex kerana ia telah terbukti berkesan! Setelah melalui tempoh kehamilan 9 bulan dengan sedikit alahan di awalnya, saya akhirnya selamat melahirkan zuriat pertama yang kami namakan Nur Insyirah. Saya amat terharu melihat kegembiraan yang terpancar di wajah suami menyambut kelahiran zuriat pertama kami itu. Kepada anda yang sedang mengimpikan kehadiran cahayamata, berikhtiarlah dengan Biodex. InsyaAllah, semoga impian anda tercapai.

Dapatkan Produk Biodex

Kongsi Artikel Ini.. Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterEmail this to someonePrint this page