Saya Bersyukur Dikurniakan Anak Kembar Selepas 13 Tahun

Puan Huwaida Hj Hamzah, Kuala Lumpur

Masalah: Keguguran, Rahim Lemah

Saya merupakan suri rumah sepenuh masa dan telah pun mempunyai 3 orang cahayamata. Anak yang sulung berusia 18 tahun, kedua 17 tahun dan yang ketiga pula 13 tahun. Alhamdulillah rumahtangga kami bahagia dan ceria dengan kerenah anak-anak yang sedang meningkat usia di alam remaja.
Walaupun begitu, keinginan saya dan suami untuk memiliki anak kecil begitu kuat. Tidak lama selepas itu, hasrat kami hampir menjadi kenyataan apabila saya telah disahkan hamil. Saya betul-betul bersyukur kerana masih lagi boleh hamil walaupun usia saya sudah hampir 40 tahun.
Walau bagaimanapun, hasrat kami tidak tercapai apabila saya kehilangan kandungan setelah men-galami pendarahan. Menurut doktor ia berpunca daripada rahim saya yang lemah. Sewaktu hamil saya ada mengambil Set Semasa Hamil Biodex tetapi tidak tetap. Kadang-kadang ambil dan kadang-kadang tidak. Kesal dan terkilan juga apabila difikirkan balik.
Sewaktu meluahkan rasa hati kepada perunding Biodex, beliau mencadangkan saya untuk menghabiskan produk Biodex yang masih berbaki sepanjang berpantang. Menurut beliau, khasiat produk Biodex khususnya Supremix dan Susu IGC sangat baik untuk membantu pemulihan sama ada selepas bersalin mahupun keguguran. Saya mula mengambil pemakanan produk Biodex dengan konsisten dan mendapatkan satu set lagi produk Biodex setelah habis baki set sebelumnya.
Lebih kurang sebulan selepas itu, saya tidak didatangi haid mengikut jangkaan sepatutnya. Saya segera berjumpa doktor kerana bimbang ia mungkin kesan daripada keguguran yang baru saya alami. Alangkah terkejutnya saya kerana rupa-rupanya saya telah pun hamil. Tidak sangka saya akan hamil sekali lagi secepat dan semudah itu. Syukur kerana saya diberi peluang hamil sekali lagi.
Lalu saya bertekad untuk menjaga pemakanan dengan baik dan memastikan kandungan saya selamat sehingga bersalin. Saya amalkan produk Biodex pagi dan petang setiap hari sepanjang tempoh kehamilan. Teruja betul apabila pemeriksaan doktor dari semasa ke semasa mendapati kesihatan saya baik dan kandungan saya juga sihat membesar mengikut jadual.
Apa yang mengejutkan saya sekeluarga ialah doktor memaklumkan bahawa saya sedang hamil kembar. Maha suci Allah! Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa gembira dan terharunya saya mendengarnya. Tidak ada sejarah keturunan saya mahupun suami yang mempunyai anak kembar.
Berita gembira itu menguatkan semangat saya untuk menjaga kesihatan saya dan kandungan dengan lebih berhati-hati. Saya setia mengambil pemakanan Biodex tanpa tertinggal walau sehari. Bagusnya produk Biodex ini, saya betul-betul merasakan perbezaannya berbanding kehamilan sebelum ini. Walaupun hamil di usia lewat dan hamil kembar pula, saya dapat rasakan yang saya lebih bertenaga dan tidak mudah kelesuan menguruskan rumahtangga. Malah banyak kali juga saya berulang alik dari Kuala Lumpur ke Butterworth untuk menziarahi ibu mertua yang sedang uzur.
Alhamdulillah, saat yang dinanti-nantikan oleh kami sekeluarga tiba juga. Saya selamat melahirkan bayi kembar perempuan yang diberi nama Putri Nur Wafiyyah dan Putri Nur Wafiqah secara normal. Syukur kerana kedua-duanya selamat dilahirkan dalam tempoh kira-kira dua jam setengah sahaja. Saya amat terharu dan bersyukur dengan anugerah dua puteri yang sihat, sempurna dan berkulit cantik dan bersih. Tidak terluah dengan kata-kata betapa bersyukurnya saya ke hadrat Ilahi dengan anugerah ini. Syukur alhamdulillah!
Kegembiraan ini saya kongsikan agar anda tidak ragu-ragu untuk berikhtiar dengan Biodex. Semoga dengan izin Allah S.W.T, lebih ramai pasangan yang akan mendapat manfaat dari produk Biodex yang terbukti amat berkesan untuk membantu kehamilan. Terima kasih Biodex!

Dapatkan Produk Biodex

Kongsi Artikel Ini.. Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterEmail this to someonePrint this page