Alhamdulillah, Saya Berjaya Hamil Tiga Kali Dengan Biodex

Puan Siti Aishah Awalludin, Selangor

Masalah: Keguguran Berulang, Sukar Hamil

Saya mengambil produk Biodex tiga kali sepanjang berikhtiar untuk mendapatkan cahayamata pertama. Walaupun berjaya hamil setiap kali berikhtiar dengan Biodex, tetapi hanya yang ketiga kandungan saya selamat sehingga bersalin. Kehamilan pertama dan kedua pula berakhir dengan keguguran.
Kali pertama saya mengambil produk Biodex selepas usia perkahwinan tiga tahun. Ketika itu saya mengalami masalah sakit datang bulan yang berlarutan sejak sebelum berkahwin lagi. Sebelum itu saya hanya menjalani urutan kampung sahaja tetapi tidak berhasil. Walaupun agak lama juga mengambil produk Biodex iaitu kira-kira enam bulan tetapi ikhtiar saya berbaloi kerana bukan sahaja saya tidak lagi mengalami sakit datang bulan, malah saya akhirnya berjaya hamil buat kali pertama sejak berkahwin. Walau bagaimanapun, takdir Allah kandungan saya hanya bertahan lapan minggu sahaja.
Dua tahun selepas keguguran, saya mencuba sekali produk Biodex. Kali ini saya berjaya hamil selepas sebulan sahaja berikhtiar. Walau bagaimanapun sekali lagi saya keguguran.
Ketika itu saya hampir berputus asa untuk berikhtiar lagi. Memang tertekan apabila sudah lama berkahwin tetapi masih tidak mempunyai anak. Setiap kali hamil pula saya akan keguguran. Namun dorongan suami dan ahli keluarga menguatkan semangat saya untuk berikhtiar lagi. Mereka yakin saya masih berpeluang untuk menimang cahayamata kerana sudah dua kali saya hamil selepas berikhtiar dengan Biodex. Mungkin saya perlu berikhtiar sesuatu untuk mengekalkan kandungan jika hamil lagi.
Alhamdulillah, kira-kira sebulan sahaja saya mengambil produk Biodex buat kali ketiga saya telah disahkan hamil lagi. Kali ini saya telah mendapatkan Set Semasa Hamil Biodex untuk membantu menguatkan peranakan saya dan membantu pembesaran kandungan. Syukur ke hadrat Ilahi kerana ikhtiar saya itu telah berhasil dan kandungan saya sihat membesar hingga bersalin.
Akhirnya, saya selamat melahirkan cahayamata pertama setelah lebih lima tahun menanti. Saya sangat bersyukur kerana ikhtiar saya yang begitu lama akhirnya berhasil dan doa daripada suami dan ahli keluarga telah termakbul. Ternyata produk Biodex terbukti berkesan dan kini rumahtangga saya lebih ceria dengan kehadiran seorang putera. Terima kasih Biodex!
Siti Aishah Awalludin, Selangor

Dapatkan Produk Biodex

Kongsi Artikel Ini.. Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterEmail this to someonePrint this page