Alhamdulillah Berjaya Hamil Anak Pertama Dan Kedua Dengan Biodex

Puan Fazillah Ibrahim, Kota Tinggi, Johor

Masalah: Haid Sedikit, Sukar Hamil

Nama saya puan Fazillah. Saya berkahwin pada tahun 2008 tapi setahun selepas perkahwinan, kami masih juga belum dikurniakan zuriat. Masalah yang saya hadapi berpunca daripada haid yang sedikit. Saya sudah mencuba pelbagai produk dan cara tetapi masalah haid saya tetap juga tidak selesai.

Sehinggalah pada suatu hari, saya terbaca mengenai produk Biodex di Majalah Mingguan Wanita. Tanpa berlengah lagi, saya segera menghubungi pihak Biodex untuk mendapatkan rundingan kehamilan. Perunding kehamilan Biodex telah menyarankan saya untuk mencuba set lengkap PKB bagi membantu melancarkan semula kitaran haid saya.

Alhamdulillah, tidak lama selepas saya menggunakan produk Biodex, kitaran haid saya mula lancar seperti biasa. Apa yang cukup mengembirakan saya, baru sahaja 2 bulan pengambilan produk Biodex dengan penuh disiplin dan konsisten, saya telah disahkan hamil. Maha suci Allah, saya dan suami berasa sangat bersyukur kerana usaha kami telah membuahkan hasil. Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya melahirkan puteri sulung kami pada tahun 2010.

Selepas 2 tahun, saya dan suami ingin mencuba lagi bagi mendapatkan zuriat, sebagai adik kepada puteri kami. Setelah 6 bulan mencuba dan menunggu, sekali lagi kami kecewa. Berita gembira yang diharap-harapkan tidak juga tiba. Masalah kitaran haid saya masih juga sama seperti sebelum ini, hanya 3 hari sahaja keluar bagi setiap kitaran. Yakin dengan keberkesanan produk Biodex, saya menghubungi semula pihak Biodex dan sekali lagi mendapatkan set lengkap PKB. Dengan izin Allah, saya berjaya hamil kali ke 2 dan melahirkan seorang lagi puteri pada tahun 2013.

Hari ini, kedua-dua anak puteri saya masing-masing sudah berumur 8 dan 5 tahun. Setelah 4 tahun saya menanti, kini saya merancang untuk hamil sekali lagi bagi mendapatkan anak yang ketiga pada tahun 2018 ini. Keyakinan saya terhadap keberkesanan produk Biodex semakin kuat, jadi saya kembali mendapatkan Set Lengkap PKB untuk hamil semula. Semoga usaha saya dan suami kali ini juga dipermudahkan oleh Allah S.W.T sepertimana anak pertama dan kedua kami. Akhir kata, kepada semua pasangan yang ingin hamil, bersabarlah dan teruskan berusaha dengan produk Biodex. InsyaAllah, masalah sukar hamil akan mudah diatasi dan proses kehamilan juga akan terasa mudah dan menggembirakan. Terima kasih Biodex!

Dapatkan Produk Biodex

Kongsi Artikel Ini.. Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterEmail this to someonePrint this page