Masalah Tiub Falopio Tersumbat dan Senggugut Saya Sembuh Selepas Sebulan Penggunaan Produk Biodex

Puan Priscillia Ting, Sarawak

Masalah: Tiub Falopio Tersumbat, Senggugut, Keputihan

Saya mendapat tahu tentang Biodex ketika saya cuba berikhtiar untuk mendapatkan cahayamata kedua. Ketika itu, pelbagai ikhtiar yang saya cuba termasuk mengambil ubatan dan menjalani urutan tetapi semuanya tidak berhasil. Masalah sakit datang bulan, keputihan dan sukar buang air yang selalu saya alami masih tidak berubah. Malah pemeriksaan susulan mendapati saluran falopio saya pula tersumbat.

Selepas mendapat maklumat yang memuaskan dari perunding kehamilan Biodex di Kuching, saya dan suami bersetuju untuk mengikuti Program Kehamilan Biodex (PKB). Saya mengambil Set Pencucian Biodex, manakala suami pula mengambil Set Kesuburan Lelaki.

Memang mengejutkan apabila selepas sebulan sahaja saya telah berjaya hamil. Tetapi kandungan saya tidak bertahan lama kerana saya keguguran selepas mengalami pendarahan.

Memang sedih dan kecewa apabila kehilangan kandungan selepas berusaha keras untuk hamil. Tetapi saya tidak putus asa dan mencuba sekali lagi produk Biodex. Kali ini kesannya sangat ketara. Datang bulan saya selepas itu sangat luar biasa. Ia begitu banyak, lancar dan berketul-ketul. Sakit datang bulan dan keputihan yang selalu saya alami pun sudah tiada lagi dan saya juga tidak lagi bermasalah untuk membuang air.

Selepas kira-kira dua bulan mengambil produk Biodex, akhirnya saya hamil sekali lagi. Tidak terkata betapa gembiranya saya kerana saya sekali lagi berpeluang untuk menimang cahayamata kedua.

Bimbang masalah keguguran berulang, saya mengambil Set Semasa Hamil sebagaimana yang dicadangkan oleh perunding kehamilan Biodex. Ternyata ia memang memberi perbezaan yang ketara kepada saya berbanding ketika hamil anak pertama dahulu. Saya rasa lebih kuat dan bertenaga, kurang alahan dan kaki pun tidak sembap. Kandungan saya kekal sihat membesar sehingga bersalin.

Kini sudah tiga tahun berlalu dan saya bahagia bersama dua orang cahayamata yang menjadi penyeri kebahagiaan rumahtangga kami. Kepada anda yang mempunyai masalah untuk hamil, cubalah ikuti program kehamilan Biodex (PKB). Semoga anda juga akan berjaya menimang cahayamata.

Dapatkan Produk Biodex

Kongsi Artikel Ini.. Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterEmail this to someonePrint this page