Tiga Kali Keguguran, Tiub Falopio Kanan Terpaksa Dipotong, Akhirnya Selamat Melahirkan Dengan Biodex

Puan Noraini Mahamud, Negeri Sembilan

Masalah: Keguguran Berulang, Sukar Hamil

Saya merupakan salah seorang ibu yang telah mencapai impian saya menimang cahayamata dengan produk Biodex. Saya mendapat tahu tentang produk Biodex setelah terbaca sebuah kisah pengakuan pengguna yang disiarkan di sebuah majalah. Saya amat mengagumi Biodex kerana ia telah membantu saya mengakhiri penantian saya untuk menimang cahayamata setelah 3 kehamilan sebelum itu berakhir dengan kegagalan. Alhamdulillah, hanya dengan kira-kira 2 bulan pengambilan sahaja saya telah berjaya hamil, masalah kitaran haid saya berjaya diatasi dan saya akhirnya selamat melahirkan zuriat pertama yang amat diimpi-impikan.

Mengimbas kembali kisah saya sebelum menimang cahayamata, saya telah mengalami masalah senggugut yang berlarutan sejak remaja lagi. Namun itu tidak menghalang saya untuk hamil. Setelah berkahwin, saya telah berjaya hamil namun keguguran sewaktu kandungan berusia 3 bulan. Setahun kemudian saya sekali lagi hamil namun juga berakhir dengan keguguran. Kali ini kandungan saya hanya bertahan kira-kira sebulan lebih. Tiga bulan selepas itu, saya sekali lagi dianugerahkan kehamilan namun kali ini doktor telah mendapati saya hamil di luar rahim. Disebabkan itu saya dinasihatkan untuk menjalani pembedahan untuk membuang tiub falopio sebelah kanan.

Terasa begitu besar ujian yang harus saya terima apabila menerima saranan tersebut. Sudahlah saya sudah 2 kali keguguran, kali ini bukan saja saya tidak dapat mengekalkan kandungan tetapi terpaksa menjalani pembedahan bagi membuang saluran tiub falopio di sebelah kanan. Dengan perasaan yang begitu sedih dan terkilan, saya redha dengan ujian tersebut dan menerima ketentuan yang perlu saya lalui. Saya sedar bahawa dengan hanya satu sahaja saluran tiub falopio, harapan untuk saya hamil dan menimang cahayamata akan terjejas. Walaupun secara teorinya peluang saya masih ada, namun sudah pasti ia lebih tipis berbanding sebelum ini.

Apa yang mengejutkan saya, selepas menjalani pembedahan tersebut, kitaran haid saya mula menjadi tidak teratur. Kadang-kadang tepat dan kadang-kadang lambat. Adakalanya haid yang datang hanya beberapa hari sahaja berbanding kebiasaan. Ini telah menambahkan lagi tekanan dan keresahan yang saya alami.

Namun ketentuan Ilahi mengatasi segala-galanya. Takdir Allah S.W.T, 4 bulan selepas itu saya mendapat tahu tentang Biodex. Setelah mendapat persetujuan suami, saya telah berkunjung ke stokis Biodex yang terdekat untuk mendapatkan penjelasan lanjut tentang produk Biodex. Alhamdulillah, saya telah mendapat penerangan yang jelas mengenai produk Biodex, fungsi dan kelebihannya, serta bagaimana ia membantu mengatasi masalah berkaitan kehamilan. Lalu tanpa ragu-ragu saya terdorong untuk mengikutinya dan telah mendapatkan Set Lengkap Suami Isteri Biodex.

Alhamdulillah, produk Biodex ternyata telah mengembalikan sedikit harapan kepada saya untuk tidak berputus asa. Selepas saya mengamalkan produk Biodex, haid yang datang pada kitaran seterusnya begitu banyak, lancar dan berketul-ketul. Saya sangat terkejut dengan apa yang saya alami itu. Namun saya gembira kerana kesannya badan saya terasa lebih ringan dan cergas. Produk pemakanan Biodex juga telah menjadikan tubuh saya terasa lebih sihat dan bertenaga. Ini secara tidak langsung telah menjadikan minda dan emosi saya lebih stabil serta tekanan juga terasa berkurangan. Saya lebih yakin dan positif untuk terus berikhtiar sehingga saya hamil sekali lagi.

Suami saya yang turut mengamalkan produk Biodex turut mengakui kebaikannya. Dia dapat merasakan yang kesihatannya lebih baik berbanding sebelum ini dan dia juga tidak mudah letih. Saya bertambah gembira dengan pengakuannya itu kerana saya tahu kesihatannya yang lebih baik akan membantu penghasilan benih yang lebih berkualiti.

Pada bulan ketiga pengambilan produk Biodex, saya terasa tidak sihat badan seperti demam dan haid pula tidak datang pada tarikh yang dijangkakan. Ia agak mengejutkan kerana kitaran haid saya sudah kembali normal setelah mengamalkan Biodex. Namun setelah menjalani pemeriksaan, saya didapati telah berjaya hamil. Saya amat bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana saya masih berpeluang untuk menimang cahayamata walaupun tiub falopio hanya tinggal sebelah. Suami serta keluarga juga amat gembira dengan kehamilan ini dan masing-masing berdoa agar kandungan saya selamat sehingga bersalin kelak.

Sebagai ikhtiar agar kandungan saya kali ini tidak berakhir dengan keguguran, saya telah mendapatkan Set Semasa Hamil Biodex sebagaimana yang disarankan oleh perunding kehamilan Biodex. Lagipun, selepas mendapat kesan yang amt baik dari Biodex, saya yakin Set Semasa Hamil Biodex juga mempunyai kebaikannya untuk membantu mengekalkan kesihatan saya dan kandungan sehingga bersalin nanti, insyaAllah. Apatah lagi apabila diberitahu bahawa Set Semasa Hamil boleh membantu menguatkan rahim saya untuk menampung kandungan serta membekalkan khasiat penting kepada kandungan untuk membantunya membesar mengikut jadual.

Alhamdulillah, ternyata Set Semasa Hamil Biodex juga terbukti amat baik kepada saya dan kandungan. Bukan sahaja saya tidak mengalami alahan pada kehamilan kali ini, malah saya juga terasa lebih aktif, cergas dan bertenaga. Apatah lagi setiap pemeriksaan yang saya jalani mendapati kandungan saya sihat membesar mengikut jadual. Bulan demi bulan kandungan saya terus membesar tanpa sebarang masalah. Saya semakin teruja dan berdebar-debar menanti kelahiran zuriat pertama kami yang diimpi-impikan.

Akhirnya saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang sihat, sempurna serta berkulit cerah dan bersih. Tidak terluah kegembiraan kami menyambut kelahiran cahayamata yang amat kami dambakan selama ini. Sukar untuk digambarkan perasaan saya setelah bergelar seorang ibu. Apa yang pasti, saya amat bersyukur ke hadrat Allah S.W.T di atas anugerah yang tidak ternilai ini dan amat mengagumi keberkesanan rangkaian produk Biodex.

Di kesempatan ini, saya tidak ragu-ragu untuk menyarankan kepada anda yang sedang mengimpikan kehadiran cahayamata agar segera berikhtiar dengan Biodex. Kunjungi mana-mana stokis bertauliah yang berdekatan dan amalkanlah produk Biodex dengan konsisten. InsyaAllah, Biodex boleh membantu merealisasikan impian anda untuk menimang cahayamata sepertimana ia telah membantu merealisasikan impian saya.

Dapatkan Produk Biodex

Kongsi Artikel Ini.. Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterEmail this to someonePrint this page