Masalah Cyst dan Rahim Bengkak, Alhamdulillah Hamil Selepas Sebulan Penggunaan Biodex

Puan Siti Khatijah Sapan, Selangor

Masalah: Cyst, Rahim Bengkak

Setelah berkahwin, saya dan suami merancang untuk segera menimang cahayamata. Namun setelah 6 bulan, saya masih juga belum hamil. Tidak mahu menunggu lebih lama atau membiarkan ianya berlarutan, saya ke klinik untuk menjalani pemeriksaan. Hasil pemeriksaan tersebut amat mengejutkan. Saya didapati mempunyai cyst dan mengalami rahim bengkak. Walau bagaimanapun, menurut doktor ianya bukan masalah yang serius dan saya tidak perlu terlalu bimbang kerana saya masih berpeluang untuk hamil.

Setelah mengetahui tentang produk Biodex, saya dan suami segera berkunjung ke HQ Biodex untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai produk Biodex dan cuba berikhtiar dengannya. Setelah mendapat penjelasan yang baik daripada perunding kehamilan Biodex, saya telah mendapatkan Set Pencucian Biodex dan suami saya pula mengambil Set Kesuburan Lelaki Biodex.

Saya dan suami mengamalkan produk Biodex tidak lama. Selepas kira-kira sebulan sahaja, haid yang dijangkakan pada kitaran seterusnya tiba-tiba tidak datang. Dalam masa yang sama, saya juga mendapat demam. Badan terasa lemah dan kesejukan. Panik juga dibuatnya. Saya bimbang kalau-kalau produk Biodex telah mendatangkan kesan lain ke atas kesihatan saya.

Bimbang ianya berlarutan dan menyebabkan sebarang kesan yang tidak diingini, saya dan suami segera ke klinik untuk menjalani pemeriksaan. Namun hasil pemeriksaan yang didapati benar-benar mengejutkan kami berdua. Doktor telah mengesahkan bahawa saya telah hamil dan menjelaskan bahawa kesan yang saya alami merupakan perkara biasa. Maha Suci Allah! Kami berdua amat terkejut dan benar-benar tidak menyangka bahawa ia rupa-rupanya khabar baik untuk kami. Syukur Alhamdulillah, begitu cepat kesan yang saya dapati setelah mengamalkan produk Biodex.

Tempoh awal kehamilan, saya kerap mengalami alahan. Setelah merujuk kembali kepada perunding kehamilan Biodex, beliau menyarankan saya untuk mengamalkan Set Semasa Hamil Biodex. Beliau menjelaskan, selain dari mengatasi alahan, Set Semasa Hamil Biodex juga sangat baik untuk membekal zat dan khasiat yang amat diperlukan oleh ibu hamil bagi membantu memelihara kesihatan, mengekalkan kecergasan serta membantu pembesaran ideal kandungan dengan sihat mengikut jadual. Yakin dengan saranan oleh perunding Biodex, ditambah pula dengan keyakinan saya terhadap kebaikan produk Biodex, saya bersetuju untuk mengambil Set Semasa Hamil Biodex. Lebih-lebih lagi, suami saya juga pernah memberitahu saya bahawa tubuhnya terasa lebih sihat dan cergas setelah mengamalkan Set Kesuburan Lelaki. Beliau kekal bertenaga hingga ke malam walaupun sibuk dengan pelbagai tugasan dan aktiviti di siang hari.

Alhamdulillah, sepanjang kehamilan, alahan saya berkurangan, selera makan tidak terjejas dan badan juga tidak mudah kelesuan. Tugasan harian saya berjalan seperti biasa walaupun semakin sarat mengandung dan saya juga kekal aktif dan bertenaga.

Setelah 9 bulan teruja dan berdebar menanti kelahiran zuriat pertama kami, akhirnya saya selamat melahirkan cahayamata perempuan yang sihat dan sempurna sifatnya. Alhamdulillah, saya dan suami amat bersyukur dengan anugerah Ilahi yang amat dinanti-nantikan. Kami berazam untuk membesarkannya dengan penuh kasih sayang dan didikan yang baik. Saya sungguh bersyukur dan terharu atas kurniaan ini dan amat bangga menjadi ibu kepada zuriat dari darah daging saya sendiri.

Di kesempatan ini, saya menyarankan kepada anda yang menghadapi masalah untuk hamil agar segera berikhtiar dengan Biodex. Hasilnya mungkin tidak secepat yang saya dapati, namun saya yakin Biodex mampu membantu merealisasikan impian anda untuk menimang cahayamata, insyaAllah.

Dapatkan Produk Biodex

Kongsi Artikel Ini.. Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterEmail this to someonePrint this page