ORANG LELAKI WAJIB BACA NI!

Anda lelaki maskulin? Apa itu maskulin? Perspektif maskulin dari kaca mata wanita bukan merujuk kepada ketampanan lelaki semata. Tetapi dikategorikan sebagai lelaki dewasa yang menjaga penampilan diri agar tampak bergaya. Orang tua-tua lama mengatakanya sebagai ‘sindrom anak bujang’.
.
Tapi, bergaya sahaja tidak cukup, mereka perlu lebih mementingkan kesihatan dan aspek kebersihan diri. Kan lelaki tu ketua atau bakal ketua keluarga, perlulah memanfaatkan kesihatan seadanya untuk jangkamasa panjang sampai ke akhir usia.
.
Pendek kata kekuatan lelaki ni nak kena jaga, sebab nak pakai lama.
.
Namun dalam pada itu, ada beberapa masalah tentang kesihatan lelaki yang sering menganggu termasuk mereka yang bergelar maskulin.
.
Terdapat 5 masalah kesihatan lelaki yang utama yang perlu kita tahu.
.
Mungkin ia belum pernah, bakal atau sudah terjadi dalam ahli keluarga kita termasuk sang suami yang kita sayangi.

27067449_1789008184466714_5497512039668550682_n

27073324_1789007391133460_8864230682402020477_nSakit belakang menduduki tangga kedua dalam masalah neurologikal (sistem saraf). Dan masalah sakit belakang ini biasanya kerap dialami oleh orang lelaki.
.
Antara faktor punca gangguan sakit belakang berlaku adalah:
.
1. Mengamalkan postur (kedudukan) badan yang tidak betul
2. Melakukan aktiviti diluar kebiasaan
3. Mengamalkan gaya hidup tidak aktif
.
Ronald Lawrence, Pengasas Persatuan Atlet Amerika Syarikat berkata, sakit belakang boleh dirawat dengan sukan ‘Rock Climbing’.
.
Sukan ini mampu memberi kuasa regangan menyeluruh termasuk bahagian belakang, menambah fleksibiliti tulang bagi mengelak sakit belakang.
.
Sungguhpun begitu, adalah dinasihatkan untuk melakukan aktiviti sukan ini secara berperingkat dan perlahan-lahan mengikut keupayaan untuk merasai perubahannya tanpa menambahkan risiko kecederaan fizikal yang lain.

27073031_1789007407800125_6933855570846755690_n2.Simptom kanser prostat adalah berbeza-beza bagi setiap lelaki yang mengalaminya. Punca utama wujud masalah prostat dalam tubuh lelaki mungkin disebabkan oleh faktor usia, sejarah keluarga atau paras testosteron (hormon seks lelaki) yang luarbiasa.
.
Kanser prostat merupakan pembunuh dalam senyap, pada peringkat awal menunjukkan simptom masalah kesihatan yang jarang-jarang terjadi.
.
Pada peringkat yang lebih serius, pertumbuhan sel kanser yang semakin membesar akan menekan uretra menyebabkan beberapa gejala tertentu.
.
Antara tanda-tanda kanser prostat semakin berkembang ialah:
.
1. Aliran keluar air kencing yang tidak lancar atau sukar keluar.
2. Rasa hendak buang air kecil kerap kali pada waktu malam atau kencing tidak lawas
3. Sakit atau pedih semasa buang air kecil
Sakit semasa atau selepas berlaku ejakulasi (pancutan air mani)
4. Keluar darah dalam air kencing atau air mani

27459886_1789007924466740_6286650895635583356_n3.Siapa kata isteri sahaja yang mengalami situasi ‘mabuk‘ ketika mengandung? Tahukah anda, lebih 10% lelaki dikesan ‘mabuk’ disepanjang tempoh kehamilan isteri.
.
Kadang-kadang lebih teruk lagi daripada wanita. Simptomnya lebih kurang sama kecuali perubahan fizikal, iaitu rasa mual, pening, hilang selera makan dan stress.
.
Kadangkala lelaki juga mengalami tekanan pada bulan ketiga, keenam dan ke-12 selepas isteri melahirkan bayi.
.
Pelik bukan?

 

 

27072918_1789008024466730_2768431112296513102_n4.Dianggarkan 55% penduduk Malaysia mengalami masalah buasir. 79% daripadanya adalah lelaki dalam lingkungan umur 20 hingga 60 tahun.
.
Ramai lelaki yang malu untuk mengakui mengalami buasir pada peringkat awal. Kebanyakkannya diketahui apabila sakit telah menjadi serius.
.
Punca utama berlakunya buasir ialah tidak menjaga pemakanan, sembelit yang teruk dan kurang pengambilan air.

 

 

 

27067449_1789008184466714_5497512039668550682_n

5.Masalah fungsi seksual bukan suatu perkara kecil yang boleh dibiarkan begitu sahaja. Sekiranya anda mengalami masalah Erectile Disfunction (ED), jangan merasa rendah diri kerana penyakit ini tiada kaitan dengan kelemahan anda sebagai lelaki.
.
Tampilkan diri dengan membuat pemeriksaan doktor. Berikut mungkin persoalan yang bakal ditanya oleh doktor pakar untuk membantu anda:
.
1. Sejarah pembedahan dan kecederaan di sekitar tulang pelvis
2. Jenis dan dos perubatan yang anda sedang ambil
3. Gaya hidup harian anda seperti kekerapan mengambil alkohol, rokok atau rutin stress
4. Menguji kelenjar dan saraf prostat (kemungkinan berlaku kerosakan saraf) dan ujian darah
.
Jika anda tidak mengalami satu pun masalah di atas, tahniah. Mungkin anda masih lagi di peringkat bawah umur dan belum mendapat pangkat maskulin.
.
Atau mungkin anda mengamalkan gaya hidup sihat dan belum ditakdirkan untuk mengalaminya. Mudah-mudahan dijauhkan dari segala penyakit dan masalah kesihatan lain. Inshaa Allah.
Kongsi Artikel Ini.. Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterEmail this to someonePrint this page