Masalah Tiub Falopio Tersumbat Saya Berjaya Diatasi Dalam Tempoh Singkat

Puan Sumathy a/p Muniandy, Kuala Lumpur

Masalah: Sukar Hamil, Tiub Tersumbat

Selepas 3 tahun mendirikan rumahtangga saya masih tidak dikurniakan cahayamata. Telah pelbagai ikhtiar saya lakukan termasuk berjumpa dengan beberapa doktor sehingga ke Johor dan Singapura untuk menjalani pemeriksaan. Namun hampir kesemua penyelesaiannya sama sahaja. Saya disaran untuk mengamalkan pil kesuburan dan juga pil hormon. Berbulan-bulan juga saya amalkan kedua-dua pil tersebut namun tetap tidak mendatangkan kesan.

Pada usia perkahwinan saya mencecah 9 tahun, sekali lagi saya menjalani pemeriksaan dengan seorang doktor pakar untuk mengenalpasti masalah yang saya hadapi. Sungguh mengejutkan apabila hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua belah tiub falopio saya tersumbat. Menurut doktor, pada kebiasaannya masalah ini memerlukan seseorang itu menjalani pembedahan. Namun doktor tidak menggalakkan saya kerana bahagian yang terlibat terlalu dekat dengan organ peranakan. Beliau berpendapat harapan saya untuk bersalin secara normal sangat tipis.

Hati saya tersentak mendengar penjelasan yang diberikan. Bukan sahaja saya tidak menyangka masalah saya agak serius, malah saya terasa sangat sedih, kecewa, tertekan dan hampir berputus asa. Namun setelah saya terbaca mengenai Biodex di majalah, semangat saya kembali berkobar. Lebih-lebih lagi apabila membaca kisah pengakuan pengguna dengan seribu masalah kronik yang telah berjaya hamil. Akhirnya, hati saya terbuka untuk mencuba Biodex.

Saya dan suami segera ke stokis Biodex yang berhampiran untuk mendapatkan maklumat dan khidmat rundingan percuma. Saya diberikan penjelasan yang amat jelas tentang bagaimana produk Biodex mampu membantu mengatasi masalah yang saya hadapi, seterusnya memudahkan kehamilan. Hasil kunjungan tersebut, saya dan suami mula mengamalkan produk Biodex yang lengkap untuk suami isteri.

Pada kitaran pertama selepas mengamalkan produk Biodex, haid yang datang lebih banyak dan lancar berbanding sebelumnya. Badan saya terasa lebih ringan, sihat dan cergas. Ini menjadikan emosi saya lebih stabil dan minda saya juga lebih positif.

Namun pada kitaran berikutnya, haid saya tiba-tiba lewat dari tarikh yang dijangkakan. Saya sangkakan ia perkara biasa atau mungkin disebabkan pemakanan Biodex. Walau bagaimanapun, setelah beberapa hari lewat, akhirnya saya ke klinik untuk membuat pemeriksaan. Alangkah terkejutnya saya apabila doktor mendapati saya rupa-rupanya telah berjaya hamil. Malah, doktor sendiri pun hairan bagaimana saya boleh hamil dengan begitu cepat sedangkan masalah tiub falopio tersumbat yang saya hadapi disifatkan sulit untuk diatasi. Apapun, saya amat bersyukur kepada Tuhan dengan kehamilan ini setelah 9 tahun kami menanti.

Penantian saya untuk menimang zuriat sendiri akhirnya berakhir. Saya selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Rumahtangga saya dan suami tercinta menjadi lebih ceria dan bahagia dengan kehadiran putera kami itu. Syukur kepada Tuhan dan terima kasih kepada Biodex.

Dapatkan Produk Biodex

Kongsi Artikel Ini.. Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterEmail this to someonePrint this page