Masalah Sperma Kurang Kualiti dan Kurang Kuantiti Selesai Dalam Sebulan

Puan Haliana Binti Tamil

Masalah: Keguguran Berulang, Sukar Hamil, Suami Kurang Kualiti / Kuantiti Sperma

Saya seorang ibu yang berkerjaya sebagai seorang guru. Saya dan suami tercinta telah mendirikan rumahtangga hampir 11 tahun dan dalam tempoh itu kami telah dikurniakan dua orang puteri. Puteri kedua kami selamat dilahirkan setelah saya berjaya hamil hasil ikhtiar kami dengan produk Biodex. Kehadirannya amat dinantikan oleh kami setelah 7 tahun kami menanti.

Sebelum kelahiran puteri kedua kami, saya pernah hamil tetapi keguguran sewaktu kandungan berusia 2 bulan. Sejak itu pelbagai ikhtiar telah saya ambil untuk membantu kehamilan. Sampailah pada suatu masa, saya berkunjung ke klinik pakar untuk menjalani pemeriksaan serta mendapatkan khidmat rundingan. Doktor yang saya temui mencadangkan saya untuk mengamalkan pengambilan clomid. Setelah 4 bulan mengamalkan pengambilan clomid, ia tidak dapat mendatangkan hasil. Kurang berpuas hati, kami kembali semula ke klinik bagi mendapatkan rundingan lanjut. Kali ini pemeriksaan dijalankan ke atas suami saya, dan doktor menyatakan bahawa suami saya mengalami masalah sperma yang kurang kuantiti dan tidak aktif.

Kami terus menghubungi pihak Biodex untuk mencuba produk Biodex. Bermula dari itu, suami saya mula mengamalkan pengambilan Set Kesuburan Lelaki PKB, manakala saya pula meneruskan pengambilan clomid. Menurut suami saya, kesan pengambilan produk PKB benar-benar boleh dirasai dengan cepat. Beliau yang merupakan sorang jurutera dan gemar bermain golf serta aktif di gym, mengakui bahawa beliau terasa lebih segar dan lebih berstamina selepas mengamalkan PKB.

Pada bulan berikutnya, haid saya tidak datang pada tarikh yang dijangkakan. Hati saya mula berdebar-debar. Saya agak saya mungkin telah hamil. Saya ke klinik untuk membuat pemeriksaan bersama suami. Alhamdulillah, hasil pemeriksaan mendapati saya hamil 4 minggu. Maha Suci Allah! Saya benar-benar tidak sangka yang saya akan hamil secepat ini selepas hanya sebulan suami mengamalkan produk Biodex. Kami benar-benar bersyukur ke hadrat Allah S.W.T.

Akhirnya saya selamat melahirkan puteri kedua kami seberat 3 kg. Tidak dapat digambarkan kegembiraan kami sekeluarga menyambut kelahirannya. Malah puteri sulung kami kelihatan sangat teruja menerima kehadiran seorang adik.

Akhir sekali, saya amat menyarankan kepada pasangan suami atau isteri yang berimpian untuk memiliki cahayamata supaya tidak teragak-agak untuk berikhtiar dengan produk Biodex. Kenalpasti masalah yang anda hadapi dan dapatkanlah set produk yang sesuai untuk diamalkan. InsyaAllah, masalah anda boleh diatasi dan impian anda akan menjadi kenyataan sebagaimana ramai para pasangan lain yang telah berikhtiar dengan Biodex.

Dapatkan Produk Biodex

Kongsi Artikel Ini.. Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterEmail this to someonePrint this page