Kepekatan Air Mani Suami Penting Untuk Kehamilan Saya

Puan Nor Satira Maiza Binti Nor Ishak

Masalah: Sukar Hamil, Suami Kurang Kualiti / Kuantiti Sperma

Selepas kira-kira 2 tahun setengah berkahwin, saya dan suami masih belum dikurniakan cahayamata walaupun ada mengikuti beberapa rawatan tradisional dan mencuba beberapa produk. Oleh kerana itu, akhirnya kami memutuskan untuk berjumpa dengan doktor pakar untuk menjalani pemeriksaan. Selesai pemeriksaan, doktor memaklumkan bahawa air mani suami saya cari dan rendah kuantiti kandungan benih atau spermanya. Oleh itu, suami saya telah disaran untuk mengambil ubatan untuk membantu mengatasi masalah tersebut.

Sejak hari itu, suami saya mengamalkan pengambilan ubatan tersebut dengan konsisten. Selepas 6 bulan mencuba, saya masih juga tidak hamil. Walaupun kecewa, kami tidak berputus asa berdoa dan bertawakkal kepada Allah S.W.T semoga impian kami menjadi kenyataan.

Pada mulanya, saya dicadangkan oleh kakak ipar saya untuk mencuba Biodex setelah beliau berjaya hamil hasil mengamalkan produk Biodex dengan izin Allah. Saya dan suami segera berkunjung ke ibupejabat Biodex di Setapak, Kuala Lumpur. Maklumat dan penerangan yang diberikan oleh perunding bertugas meyakinkan saya untuk mencuba produk Biodex. Ternyata Biodex telah berjaya membantu ramai pasangan dari pelbagai latar belakang masalah.

Pada bulan ketiga pengambilan, haid saya yang selalunya teratur tiba-tiba tidak datang. Saya begitu teruja kerana mungkin saya telah hamil. Tanpa berlengah saya terus membuat ujian UPT, Alhamdulillah, hasilnya positif. Tempoh penantian kami selama 4 tahun kini berakhir.

Pengalaman hamil kali pertama membuatkan saya sangat teruja tetapi amat berhati-hati agar tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini. Saya berkunjung semula ke ibupejabat Biodex bagi mendapatkan Set Semasa Hamil Biodex pula. Alhamdulillah, alahan yang saya alami berkurangan, saya terasa bertenaga dan selera makan juga tidak terjejas. Pendek kata, saya tidak mengalami sebarang masalah yang menjejaskan kesihatan saya mahupun kandungan sepanjang kehamilan.

Akhirnya, zuriat pertama saya dan suami yang amat dinanti dan diimpi selama ini selamat dilahirkan secara normal. Alhamdulillah, putera pertama kami itu sihat, sempurna dan tidak mengalami masalah kesihatan. Kulitnya bersih dan tidak berkerak. Proses kelahirannya juga mudah dan lancer di mana dengan hanya 2 kali teran sahaja bayi saya selamat dilahirkan. Saya percata ia adalah kesan pengambilan BioSelusuh Biodex yang saya amalkan sewaktu kandungan berusia 8 bulan.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T, saya amat berpuas hati dengan produk Biodex yang saya amalkan. Di kesempatan ini, saya sarankan kepada anda agar mencuba produk Biodex, insyaAllah, kesemuanya membawa kebaikan dan sangat berkesan. Terima kasih Biodex!

Puan Nor Satira Maiza binti Nor Ishak, Kuala Lumpur

Dapatkan Produk Biodex

Kongsi Artikel Ini.. Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterEmail this to someonePrint this page