12 Tahun Saya Menanti Cahayamata, Akhirnya Berjaya Hamil Dengan Izin Allah

Puan Noroshasma Hj Hussin

Masalah: Sukar Hamil

Tidak semua dapat menyelami perasaan seorang isteri yang tidak dapat melahirkan zuriat buat suami tersayang. Pelbagai perasaan bercampur baur, sedih, rendah diri, tertekan dan kadang kala murung yang teramat sangat. Lebih-lebih lagi apabila datang haid yang menandakan saya masih belum hamil, tiba-tiba sahaja mood saya terus hilang. Hampir setiap hari saya berdoa semoga kami cepat dikurniakan cahayamata. Tidak tahan rasanya apabila teman-teman bertanyakan soal anak-anak. Bayangkanlah perasaan kami suami isteri yang mempunyai adik beradik yang ramai. Sebelah suami seramai 10 orang dan sebelah saya juga seramai 10 orang adik beradik. Setiap kali kami berkumpul di majlis keramaian ataupun Hari Raya, kami berdua sahaja yang terus menanti dan berharap untuk dikurniakan cahayamata.

Harapan ini bukan hanya bagi kami saja, adik beradik juga sangat berharap agar kami dikurniakan cahayamata secepat mungkin. Bukan kami tidak berikhtiar, malahan sudah 3 kali kami menjalani rawatan IUI namun hamil sekejap pun tidak. Apa yang menghairankan, kami berdua tiada sebarang masalah tetapi tetap gagal mendapatkan zuriat.

Saya terbaca mengenai produk Biodex di dalam majalah Mingguan Wanita, dan saya sangat tertarik untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Saya dan suami segera ke HQ Biodex di Setapak. Setelah mendapatkan rundingan kehamilan dengan jelas dan terperinci, saya dicadangkan untuk mengambil Set Program Kehamilan Biodex (PKB). Suami pula mengambil Set Kesuburan Lelaki iaitu Skyherbs Honey dan Susu IGC.

Selepas sebulan setengah pengambilan, saya tidak lagi datang haid seperti biasa. Saya membuat ujian kehamilan dan alangkah terkejutnya apabila ianya menunjukkan positif hamil. Dengan perasaan yang masih tidak yakin, sekali lagi saya membuat ujian ini dan ternyata ianya tetap positif. Maha Besar Tuhan yang Maha Esa, akhirnya saya berjaya hamil dengan izin-Nya dan ikhtiar menggunakan produk Biodex. Orang pertama yang saya maklumkan berita ini adalah ibu mertua saya. Saya tahu, selain suami saya, beliaulah yang sangat berharap kehadiran cucu dari anak bongsunya.

Sepanjang kehamilan, saya menggunakan Set Semasa Hamil iaitu Supremix, Susu IGC dan BioCollagen. Alhamdulillah, saya dan kandungan sihat sehingga selamat melahirkan bayi perempuan dengan keadaan kulitnya yang putih bersih dan comel. Selepas bersalin, saya menggunakan Set Selepas Bersalin Biodex, terutama Susu IGC dan Supreme Diet. Bayi saya sihat dan tidak terkena penyakit kuning sepertimana lazimnya bayi yang baru lahir mengalami masalah ini. Kini, terasa kehidupan berumahtangga kami lebih lengkap dan ceria. Malah kami tidak lagi sunyi, setiap kali ada sahaja perbualan kami tentang anak. Kepada pengguna yang masih tercari-cari produk yang sesuai, cubalah rangkaian produk Biodex, ianya terbukti berkesan.

Puan Noroshasma Hj Hussin

Dapatkan Produk Biodex

Kongsi Artikel Ini.. Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterEmail this to someonePrint this page