Masalah Cyst Saya Bukan Penghalang Untuk Hamil Anak Kedua

Herdawati Mohd Halil, Perak

Masalah: Cyst, Tiub Tersumbat

Setelah empat tahun saya melahirkan anak sulung kami, saya dan suami berkeinginan untuk mendapatkan anak lagi. Saya telah disahkan mempunyai cyst di dalam saluran falopio dan suami telah disahkan normal, namun semua usaha kami untuk mendapatkan anak kedua menemui jalan buntu. Bermula dari iklan Biodex di rancangan WHI di televisyen, masih jelas di ingatan saya, ketika itu sedang asyik menjahit di kelas jahitan pada tahun 2008. Segalanya berubah apabila kami suami isteri nekad untuk mencuba produk Biodex.

Setelah mendapatkan rundingan daripada perunding kehamilan Biodex, saya dan suami telah mengambil dua Set Kesuburan Suami Isteri untuk penggunaan selama dua bulan. Walaupun suami tidak ada apa-apa masalah, tapi kami ingin sama-sama berusaha. Selepas habis sahaja set yang pertama, haid saya datang lewat seminggu. Apabila datang haid, darah keluar dengan sangat banyak. Saya rasakan itulah punca masalah sukar hamil saya; iaitu tiub falopio dan rahim sudah tersumbat dengan darah-darah kotor. Perunding kehamilan Biodex memaklumkan mungkin itulah kesan pencucian dengan produk Biodex.

Dengan izin Allah, belum sempat habis set kedua, pada malam raya tahun 2008, saya telah mendapat khabar gembira. Subhanallah, seronok sangat masa tu. Selepas melahirkan anak sulung, sehingga empat tahun menanti, akhirnya Allah kurniakan lagi peluang untuk saya mendapat zuriat. Rezeki yang Allah dah tentukan dengan usaha kami mengamalkan produk Biodex.

Kerana yakin dengan keberkesanan Biodex, saya teruskan lagi pengambilan Susu IGC sehingga dalam pantang. Sewaktu bersalin pula, saya gunakan BioSelusuh untuk memudahkan proses bersalin. Sewaktu berpantang, saya tetap juga setia dengan Biodex dengan menggunakan stoking infrared Biodex bagi melancarkan peredaran darah.

Alhamdulillah, kini anak perempuan saya yang kami namakan Alyssa Iris Wafeeya sudah pun berumur 8 tahun. Alyssa membesar menjadi seorang kanak-kanak yang comel, putih, bijak dan sentiasa cemerlang dalam pelajaran di sekolah. Pendek kata, Alyssa nampak berbeza dengan adik-beradik yang lain, Alyssa lebih lemah lembut dan berperwatakan menarik. Sangat istimewa.

Dapatkan Produk Biodex
Kongsi Artikel Ini.. Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterEmail this to someonePrint this page