Saya Berjaya Hamil Selepas Dua Bulan Menggunakan Biodex, Malah Mudah Bersalin

Rosliza Abdul Rashid, Besut, Terengganu

Masalah: Sukar Hamil, Senggugut

Walaupun usia perkahwinan saya baru mencecah 1 tahun setengah, tetapi perasaan ingin menimang cahayamata sangat tinggi tambahan pula apabila memikirkan umur yang kian meningkat. Sebenarnya saya mengalami masalah senggugut yang sangat teruk, darah yang keluar pula kebiasaannya berketul-ketul dan kemungkinan inilah penyebabnya saya masih belum hamil. Saya cuba merujuk kepada bidan kampung dan menjalani urutan tradisional tetapi katanya tiada masalah. Saya terus menaruh harapan dari hari ke hari agar saya dapat hamil secepat mungkin.

Suatu hari saya terbaca tentang kejayaan sepasang suami isteri setelah mencuba produk Biodex, dan terlintas di hati saya untuk mencubanya. Saya terus mengunjungi stokis yang berdekatan bagi mendapatkan keterangan lanjut tentang produk Biodex. Setelah mendengar penerangan lengkap, saya mendapatkan Set Lengkap Suami Isteri bagi membantu menguatkan rahim saya serta meningkatkan kesuburan saya dan suami. Sepanjang waktu penggunaan produk Biodex, badan saya sentiasa bertenaga, aktif dan semakin ceria. Saya rasa sangat terkejut apabila saya tidak lagi mengalami senggugut selepas mengamalkan set PKB. Suami saya juga memuji produk Biodex kerana beliau berasa seperti lebih bertenaga dan sihat. Melihat kesan yang positif kepada diri kami berdua, kami meneruskan pengambilan produk Biodex untuk bulan yang kedua. Seperti sebelum ini, saya akan menunggu hari untuk datang haid tetapi haid tidak keluar pada tarikh yang sepatutnya. Dengan hati yang berdebar-debar, saya dan suami pergi membuat pemeriksaan kehamilan di klinik. Dengan tidak disangka-sangka, doktor telah mengesahkan saya hamil. Alhamdulillah, saya tidak sangka secepat ini kesan PKB dengan izin Allah.

Setelah kandungan masuk 7 bulan, saya mula menggunakan BioSelusuh Biodex bagi membantu memudahkan proses kelahiran nanti. Selain mengamalkan pengambilan 2 sudu sehari, saya turut menyapunya di bahagian perut. Ini bertujuan mengurangkan kesan regangan kulit (stretchmark) kerana saiz bayi dalam kandungan yang kian membesar. Pelbagai cerita telah saya dengari tentang kesukaran melahirkan anak sulung dan perkara ini betul-betul membuatkan saya gerun untuk bersalin. Namun saya sentiasa berdoa dan bertawakal moga-moga dengan pengambilan Set Lengkap PKB dan BioSelusuh, dapatlah dipermudahkan proses bersalin saya nanti. Akhirnya hari yang dinanti-nantikan telah tiba, seluruh keluarga saya dan suami turut bersama. Saya benar-benar bersyukur kerana dengan 2 kali teran sahaja saya telah berjaya melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.75 kg secara normal. Saya tidak menyangka akan semudah ini untuk bersalin sehinggakan tidak sempat sampai ke wad bersalin, bayi sudah keluar. Saya juga amat gembira melihat bayi yang dilahirkan sangat sihat, putih dan tembam. Bayi comel ini kami namakan Nur Aina Damia Qaisara.

Untuk anda di luar sana, usahlah berasa ragu-ragu akan keberkesanan rangkaian produk Biodex kerana saya dan suami telahpun merasainya sendiri. Saya juga ingin menyarankan agar anda yang sedang hamil untuk mengamalkan Set Semasa Hamil Biodex. Anda pasti akan rasai perubahan yang sangat ketara serta semakin sihat dan aktif. Terima kasih Biodex!

Dapatkan Produk Biodex
Kongsi Artikel Ini.. Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterEmail this to someonePrint this page