Anak Biodex Saya Comel dan Sihat Dengan Supremix dan Susu IGC Semasa Hamil

Wan Napisah Wan Omar

Masalah: Haid Tidak Teratur, Senggugut

Berhadapan dengan masalah haid yang tidak teratur yang kadang-kadang cepat atau lewat dari tarikh jangkaan setiap bulan serta senggugut yang teruk telah menjadi faktor yang menyebabkan saya sukar untuk hamil. Setelah usia perkahwinan melangkah ke tahun pertama, perasaan untuk memiliki cahayamata secepat mungkin semakin membuak-buak. Apatah lagi apabila ramai yang bertanya bilakah saya akan hamil dan ada pula yang mengatakan usahlah merancang untuk memperolehi zuriat sendiri terutamanya usia yang masih muda. Sesungguhnya saya dan suami langsung tidak pernah merancang kehamilan malah kami benar-benar inginkan cahayamata sendiri. Saya pernah mencuba beberapa produk untuk memudahkan kehamilan namun tiada satu pun memberi kesan yang positif.

Saya mulai risau akan masalah ini sehinggalah saya terbaca pengakuan pengguna Biodex yang telah pun berjaya hamil setelah mengikuti Program Kehamilan Biodex (PKB) secara konsisten. Saya dan suami telah ke HQ Biodex untuk mendapatkan penerangan lanjut tentang produk Biodex. Pelbagai soalan yang kami ajukan kepada Perunding Kehamilan Biodex telah dijawab dengan terperinci dan kami sangat teruja untuk mencuba produk ini untuk suami isteri.

Saya tidak menyangka begitu cepat PKB memberikan kesan terhadap tubuh saya kerana pada bulan pertama datang haid saya tidak lagi menghadapi masalah senggugut seperti sebelum ini. Perkara ini telah menambahkan lagi keyakinan saya kepada Biodex. Sebulan selepas pengambilan produk Biodex secara konsisten, saya telah pun disahkan hamil. Pada waktu itu terasa bagaikan bermimpi kerana tidak menyangka begitu mudah saya hamil hasil dari pemakanan Biodex yang konsisten dan dengan izin dari Allah S.W.T. Ahli keluarga dan teman-teman rapat turut gembira dengan berita yang tidak disangka-sangka ini dan mereka juga mendoakan agar saya dan bayi sihat di sepanjang tempoh kehamilan ini.

Keberkesanan Biodex telah meyakinkan saya untuk meneruskan pengambilannya semasa hamil iaitu Supremix dan Susu IGC. Alhamdulillah saya tidak berhadapan dengan sebarang alahan seperti yang dihadapi oleh kebanyakan wanita-wanita hamil. Badan pula terasa ringan dan sentiasa bertenaga malah saya tidak menghadapi sebarang masalah untuk melakukan aktiviti harian dengan cergas.

Akhirnya masa yang ditunggu-tunggu telah pun tiba dan saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Bayi comel ini telah dinamakan Nor Adila Qistina Mohd Faizi. Kami sangat bersyukur kerana Adila dilahirkan tanpa sebarang komplikasi kesihatan dan dibenarkan pulang ke rumah dengan lebih awal.

Kini kehidupan kami suami isteri bertambah ceria dengan kehadiran cahayamata yang ditunggu-tunggu selama ini. Jika dahulu ramai yang bertanyakan bilakah saya akan melahirkan zuriat sendiri, tapi kini mereka pula bertanyakan apakah yang saya amalkan semasa hamil dulu kerana kulit bayi kami putih, gebu dan licin berseri-seri. Dengan bangga saya menjawab, “mestilah comel dan sihat, ini kan anak Biodex.”

Saya dan suami sangat yakin dengan Biodex malah kami turut berkongsikan pengalaman berharga ini kepada teman-teman rapat dan tidak lokek untuk berkongsi cerita dengan orang lain. Syukur Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T kerana mempertemukan saya dengan produk Biodex. Terima kasih Biodex!

Dapatkan Produk Biodex

Kongsi Artikel Ini.. Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterEmail this to someonePrint this page