Masalah Stress Saya dan Suami Sebagai Guru Penyebab Saya Sukar Hamil

Noor Haslinie Mohd Sholeh, Kulai, Johor

Masalah: Haid Tidak Teratur, Stress

Semasa usia perkahwinan menginjak usia satu tahun, saya mula merancang untuk hamil zuriat yang pertama namun setelah saban bulan menunggu, usaha saya dan suami tidak membuahkan hasil. Pelbagai kaedah yang telah kami cuba namun tiada sebarang tanda positif saya hamil dan ini membuatkan hati kami tertanya-tanya, di manakah silap kami. Jika melihat kepada faktor umur dan keturunan, mustahil untuk kami mempunyai masalah sukar untuk mendapatkan cahayamata.

Memandangkan saya dan suami bertugas sebagai guru yang sentiasa berhadapan dengan “stress” dan keadaan berat badan saya yang kian bertambah telah menjadi salah satu faktor saya sukar untuk hamil. Kitaran haid yang tidak menentu yang kadang-kadang awal atau lambat dalam tempoh 6 minggu turut memberi kesan kepada kesuburan rahim saya. Faktor pemakanan yang tidak seimbang serta rehat yang tidak cukup mungkin menjadi penyebab saya sukar untuk hamil.

Saya ada terdengar akan keberkesanan Program Kehamilan Biodex (PKB) melalui rakan-rakan serta terbaca mengenainya di majalah. Setelah berbincang dan terbuka hati untuk mencuba, saya dan suami bersepakat untuk mencuba Biodex. Kami telah menghubungi perunding kehamilan Biodex dan beliau telah menjelaskan fungsi setiap produk Biodex yang perlu untuk saya ambil. Berpandukan pengetahuan yang saya perolehi semasa sesi rundingan, saya merasa yakin dengan khasiat Biodex kerana setelah dua bulan penggunaan, saya dapati haid saya sudah teratur, berat badan juga menurun. Saya meneruskan kepada set ketiga dengan lebih fokus kepada kestabilan hormon untuk mengekalkan kesuburan dan menguatkan rahim. Alhamdulillah, setelah menghabiskan set ketiga dan disertai dengan tips pemakanan dan penjagaan kesihatan untuk memudahkan kehamilan, saya telah disahkan hamil. Alangkah terperanjatnya kami pada ketika itu kerana tidak menyangka Biodex begitu cepat memberikan kesan.

Sepanjang tempoh kehamilan juga saya tidak berhadapan dengan sebarang masalah kesihatan. Saya sentiasa cergas melakukan aktiviti harian sama ada di sekolah atau di rumah. Akhirnya saya telah selamat melahirkan seorang putera seberat 3.12 kg. Saya dan suami benar-benar bahagia dengan kehadiran cahaya mata kami yang kini telah pun berusia lebih setahun. Kehadirannya menceriakan kami sekeluarga. Kini kehidupan kami tidak lagi ‘sunyi’ seperti dahulu.

Kepada anda yang sedang berusaha untuk memiliki zuriat, jangan ragu-ragu untuk mencuba Biodex, tetapi dapatkanlah penerangan yang terperinci dari perunding kehamilan Biodex terlebih dahulu. InsyaAllah, lebih mudah untuk anda hamil dengan adanya produk Biodex, dengan izin Allah. Terima kasih Biodex!

Dapatkan Produk Biodex

Kongsi Artikel Ini.. Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterEmail this to someonePrint this page