Kulit Bayi Saya Putih Kemerahan, Halus dan Gebu Dengan Set Semasa Hamil Biodex

Nur Arsida Arssad, Kuala Lumpur

Masalah: Haid Tidak Teratur, Stretch Mark

Saya dan suami mempunyai kulit yang sawo matang dan memang saya tidak menyangka sama sekali bayi saya akan seputih ini kulitnya. Sebelum ini saya hanya terbaca di majalah dan mendengar pengakuan pengguna di TV3 tentang kebaikan dan keberkesanan produk Biodex yang mampu mencerahkan kulit bayi walaupun kedua-dua ibu bapanya berkulit gelap. Setelah saya sendiri menggunakannya barulah saya benar-benar percaya dengan keberkesanannya. Bayi saya bukan sahaja kulitnya putih seakan-akan ‘pinkish’, gebu dan halus malahan tubuh badannya sihat dan sangat comel. Rakan-rakan dan saudara-mara terkejut melihat perbezaan yang jelas kepada warna kulit kami dan bayi.

Kisah penggunaan produk Biodex ini bermula dari masalah haid saya yang tidak teratur, iaitu kadang-kadang sehingga dua ke tiga bulan sekali baru datang haid. Setiap kali kedatangan haid saya juga mengalami senggugut. Mungkin ini menjadi faktor utama penyebab kesukaran saya untuk hamil kerana hamper 6 bulan perkahwinan saya masih belum berjaya hamil. Saya ada terbaca mengenai keberkesanan Program Kehamilan Biodex di majalah Mingguan Wanita, dan tanpa berlengah saya terus mencuba Biodex. Alhamdulillah saya telah berjaya hamil dalam tempoh hanya 2 minggu pengambilan.

Semasa hamil, saya terus mengamalkan Supremix dan Susu IGC. Apabila kandungan masuk 3 bulan, saya mengalami kegatalan kulit terutama di bahagian perut yang semakin membesar. Saya dicadangkan untuk mengambil Bio Collagen Biodex bagi mengelakkan ‘stretch mark’ dan juga mencantikkan kulit. Kebetulan waktu itu juga saya mengalami perubahan warna kulit mungkin kerana faktor perubahan hormon disebabkan kehamilan yang menyebabkan ianya menjadi kehitaman terutama di bahagian celah-celah pelipat dan ketiak yang menampakkan keadaan yang kasar serta hodoh. Saya juga diberitahu dengan mengamalkan Bio Collagen Biodex ini, kulit bayi juga akan menjadi halus, putih dan cantik nanti. Alhamdulillah, jelas sekali kesannya, saya begitu yakin dengan rangkaian produk Biodex. Saya tetap meneruskan Set Selepas Bersalin Biodex dan badan saya juga cepat kembali ramping.

Saya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana telah mengurniakan seorang zuriat yang menjadi satu-satunya bukti kasih sayang saya dan suami yang telah pulang ke rahmatullah selepas 2 bulan anak kami dilahirkan. Pemergiannya meninggalkan Ain, anak kami yang masih belum mengerti apa-apa. Memang terlalu sedih untuk dikenang namun saya perlu tabah untuk meneruskan kehidupan ini. Saya berjanji tidak akan mempersia-siakan Ain, membesarkannya dengan penuh kasih sayang dan itulah bukti cinta saya kepada arwah suami. Semoga suatu hari nanti Ain menjadi anak yang berguna kepada masyarakat dan negara.

Kepada yang masih mencuba untuk hamil, saya sarankan cubalah produk Biodex. InsyaAllah, dengan azam dan usaha yang tinggi pasti akan dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Saya bersyukur dipertemukan dengan produk Biodex. Terima kasih Biodex!

Dapatkan Produk Biodex

Kongsi Artikel Ini.. Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterEmail this to someonePrint this page