Ubat-Ubatan, IUI, Urutan dan Minuman Herba Semuanya Telah Saya Cuba

Nor Fazlina Mat Rozali, Kuala Lumpur

Masalah: PCOS, Kurang Subur

Apabila saya masih tidak dikurniakan cahayamata selepas dua tahun berkahwin, saya menjalani pemeriksaan di hospital. Saya telah disahkan mengalami masalah PCOS dan diberikan pil kesuburan untuk diamalkan. Oleh kerana selepas setahun masih juga tiada kesan, saya dan suami membuat keputusan untuk menjalani kaedah IUI. Walau bagaimanapun takdir tidak menyebelahi kami dan kaedah tersebut gagal.

Selepas itu saya mencuba pula urutan kampung dan mengambil minuman herba. Tetapi tidak berhasil dan saya masih juga tidak hamil. Dalam mencari-cari ikhtiar lagin, saya mendapat tahu tentang Program Kehamilan Biodex (PKB). Saya dan suami sama-sama mengambil produk PKB di mana saya mengambil Set Lengkap untuk Isteri manakala suami pula mengambil Set Kesuburan Lelaki.

Alhamdulillah, selepas mengambil produk PKB saya dapati berat badan saya menurun kerana ia telah membantu saya mengawal selera makan melalui pengambilan produk pemakanan selain membantu membekalkan khasiat dan tenaga. Suami saya yang bekerja syif juga dapat merasai kesan baik daripada produk PKB. Katanya, badan terasa lebih cergas, bertenaga dan tidak mudah mengantuk atau kelesuan terutama apabila bekerja syif malam atau lebih masa.

Kira-kira dua bulan mengambil produk Biodex, semasa hamil saya ambil lagi produk Biodex dengan mengambil Set Semasa Hamil pula. Alhamdulillah, mabuk hamil dan pening yang selalu saya alami di awal kehamilan beransur hilang dan saya terasa lebih kuat dan bertenaga selama tempoh hamil.

Sampai waktu yang dinanti-nantikan, saya selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sangat comel dan sihat. Alhamdulillah, saya tidak mengalami kesukaran atau kesakitan yang teruk sewaktu bersalin. Ternyata khasiat produk BioSelusuh Biodex yang saya ambil di hujung kehamilan sangat membantu.

Produk-produk keluaran Biodex memang sangat baik untuk apa juga keperluan berkaitan kehamilan seperti yang saya sendiri alami. Jadi saya amat menyarankan kepada anda juga ingin hamil atau sedang hamil agar mencuba sendiri produk Biodex. Semoga anda juga akan mendapat kebaikannya, insyaAllah.

Dapatkan Produk Biodex

Kongsi Artikel Ini.. Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterEmail this to someonePrint this page