Datang Bulan Tak Teratur Jejas Kesihatan dan Kesuburan Saya

Zilawati Abu Hasan, Selangor

Masalah: Haid Tidak Teratur

Saya yakin masalah sukar hamil saya berpunca daripada masalah datang bulan saya yang tidak tetap dan tidak lancar. Saya pernah tidak datang bulan lebih dari sebulan. Kalau datang bulan pula, ia tidak lancar dan hanya sedikit-sedikit. Akibatnya saya selalu rasa tidak bertenaga, cepat lesu dan selalu sakit kepala. Memang bermasalah sebab kerja-kerja harian saya akan terganggu. Pelbagai ikhtiar telah saya buat tapi tidak berhasil.

Salah seorang kawan mencadangkan saya mengikuti Program Kehailan Biodex (PKB). Selepas membuat pembacaan mengenainya di majalah dan internet, saya mengambil keputusan untuk mencubanya.

Apa yang menarik, pertama kali datang bulan selepas mengambil produk Biodex, ia begitu banyak dan lancar. Warnanya agak kehitaman dan keluarnya berketul-ketul. Ia mungkin kotoran lama yang tersekat selama ini. Satu lagi yang ketara selepas mengambil produk Biodex, badan saya terasa lebih bertenaga, tidak lagi mudah lesu, tidak mudah sakit kepada atau mudah mengantuk.

Pada kitaran seterusnya tiba-tiba saya tidak datang bulan. Pada mulanya tidak mahu berharap sangat sebab bimbang saya masih tidak hamil. Tetapi apabila tanda-tanda semakin ketara seperti mual dan lemah-lemah badan, saya akhirnya membuat ujian sendiri. Alhamdulillah, memang betul saya telah hamil.

Sekarang saya telah pun dikurniakan seorang cahayamata perempuan hasil ikhtiar saya dengan Biodex. Syukur kerana akhirnya impian saya dan suami saya telah pun menjadi kenyataan. Memang seronok bila sudah ada anak sendiri dan melihatnya membesar bulan demi bulan. Saya tidak menghadapi sebarang masalah sewaktu melahirkan kerana saya mengamalkan BioSelusuh Biodex sebelum bersalin. Alhamdulillah, saya selamat bersalin dengan mudah. Sakitnya pun tidak lama. Semasa berpantang pun saya masih mengambil produk Biodex. Saya mengambil Set Pemakanan Bersalin Normal, yang memang memuaskan hati kerana luka saya cepat pulih, badan terasa lebih bertenaga, susu badan pun cukup dan berat badan saya terkawal. Paling penting saya mahu kekal subur dan tidak lagi bermasalah untuk mendapat cahayamata kedua nanti. Terima kasih Biodex!

Dapatkan Produk Biodex

Kongsi Artikel Ini.. Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterEmail this to someonePrint this page