Masalah Cyst dan Senggugut Saya Akhirnya Selesai

Maznita Ahmad Baharudin

Masalah: Cyst, Fibroid, Senggugut

Selepas berkahwin, saya mula mengalami senggugut yang teruk dan menjejaskan aktiviti harian saya. Tidak mahu masalah ini berlanjutan, saya telah ke klinik untuk membuat pemeriksaan. Hasil pemeriksaan, doktor mengesahkan saya mengalami masalah cyst, fibroid dan rahim ke belakang. Sebelum ini saya mengalami masalah haid yang banyak dan berketul-ketul. Saya sangkakan saya hamil tetapi keguguran, rupa-rupanya semua berpunca daripada masalah cyst dan fibroid.

Tidak mahu bertangguh lagi, saya segera menghubungi Biodex untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang produk Biodex. Perunding kehamilan Biodex mencadangkan saya untuk mengambil set khusus untuk masalah cyst dan fibroid. Setelah mendapatkan produk dan cara pengambilan yang betul, saya pulang dengan penuh harapan.

Setelah sebulan pengambilan set tersebut, saya membuat pemeriksaan susulan di klinik. Hasil pemeriksaan oleh doktor, cyst yang saya alami telah mengecut dan semakin berkurangan. Malah, kitaran haid saya juga telah menjadi semakin lancar dan saya tidak lagi mengalami senggugut. Badan saya terasa segar, bertenaga dan tidak mudah keletihan. Saya memaklumkan perkembangan tersebut kepada pihak Biodex, dan semakin yakin bahawa produk ini akan membantu saya untuk mendapatkan zuriat.

Selepas 4 bulan mengamalkan produk Biodex dengan konsisten, tiba-tiba haid saya lewat daripada biasa. Terdetik di hati saya yang saya mungkin telah berjaya hamil. Setelah membuat pemeriksaan di klinik, kami bagaikan tergamam apabila saya telah disahkan hamil 5 minggu. Alhamdulillah, dengan izin Allah, akhirnya saya berjaya hamil.

Ternyata PKB amatlah berkesan. Panjatkan doa kepada Allah S.W.T, insyaAllah dengan keizinanNya, Biodex ada penyelesaian kepada masalah yang anda hadapi. Terima kasih Biodex!

Dapatkan Produk Biodex

Kongsi Artikel Ini.. Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterEmail this to someonePrint this page