Dengan Biodex, Tiada Lagi Masalah Gastrik Semasa Hamil

Nor Madah Salleh

Masalah: Gastrik

Saya mempunyai 4 orang cahaya mata. Alhamdulillah, saya tidak mengalami masalah sukar hamil dan tidak pernah mengalami sebarang alahan ketika hamil. Cuma saya mengalami masalah gastrik yang bermula sejak kelahiran anak pertama lagi sehinggalah selepas anak yang ketiga. Sebelum saya hamil anak keempat, masalah gastrik saya semkain teruk sehingga ke tahap menjadi lelah dan saya perlu sentiasa mengambil ubat. 4 tahun saya amalkan pengambilan ubat namun masalah saya masih tidak dapat diatasi.

Keadaan tersebut berlarutan sehingga saya hamil anak yang keempat. Walau bagaimanapun, saya telah dinasihatkan oleh doktor untuk mengurangkan pengambilan ubat gastrik ketika hamil kerana bimbang akan menjejaskan kesihatan dan perkembangan kandungan. Tidak mahu mengambil risiko, saya perlu mencari alternative lain bagi mengatasi masalah saya itu.

Saya mendapat tahu mengenai produk Biodex setelah terbaca mengenainya dalam sebuah majalah. Tertarik untuk mencuba Set Semasa Hamil Biodex, saya segera berkunjung ke HQ Biodex untuk mendapatkan set tersebut. Di sana, saya telah diberikan penerangan yang cukup jelas untuk cara pengambilan dan kelebihan produk Biodex bagi masalah saya, dalam masa yang sama untuk memeliharan kesihatan kandungan.

Subhanallah! Hanya sebulan selepas pengambilan set tersebut gastrik saya hilang sepenuhnya. Saya seperti tidak percaya masalah gastrik yang telah berbelas tahun saya alami berjaya diatasi secepat ini. Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana tidak perlu lagi mengambil ubat gastrik yang telah saya amalkan selama 4 tahun.

Lebih menggembirakan, doktor mendapati kandungan saya membesar dengan sihat dan mengikut jadual. Malah, doktor juga terkejut apabila mendapati saya tidak lagi mengalami gastrik. Beliau juga menyarankan saya untuk meneruskan pengambilan Set Semasa Hamil Biodex.

Akhirnya, saya selamat melahirkan bayi lelaki seberat 4.2 kg secara normal dengan mudah tanpa sebarang komplikasi. Lebih mengejutkan, anak saya itu sangat putih dan halus kulitnya ibarat susu tepung! Memang berbeza dengan anak-anak saya yang lain. Alhamdulillah, setakat ini anak saya begitu cepat belajar, cergas dan aktif. Keletahnya sangat menghiburkan kami sekeluarga. Terima kasih Biodex!

Dapatkan Produk Biodex

Kongsi Artikel Ini.. Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterEmail this to someonePrint this page