Masalah Cyst dan Haid Tak Teratur Saya Hilang Dalam Masa 2 Bulan!

Nurul Husna Hadirin

Masalah: Keguguran, Rahim Lemah, Cyst, Haid Tak Teratur

Diawal perkahwinan saya pernah hamil tetapi keguguran ketika usia kandungan 10 minggu. Setelah keguguran tersebut, saya mengalami kitaran haid yang tidak menentu dan senggugut yang teruk. Hasil dari pemeriksaan di hospital, saya disahkan menghidap cyst dan masalah rahim lemah. Saya amat terkejut dengan keputusan itu kerana saya belum sampai setahun berkahwin.

Setelah mengetahui mengenai Biodex melalui majalah Mingguan Wanita, saya terus ke HQ Biodex untuk mendapatkan rundingan kehamilan secara percuma. Perunding kehamilan Biodex telah meyakinkan saya untuk mencuba produk Biodex yang telah dirumus khas untuk membantu mereka yang mempunyai masalah kehamilan. Jadi, saya dan suami telah mendapatkan rangkaian Set Lengkap Program Kehamilan Biodex (PKB) untuk suami isteri.

Setelah 2 bulan mengamalkan produk Biodex, kitaran haid saya telah menjadi lebih teratur dan saya tidak lagi mengalami senggugut yang teruk. Apa yang lebih menggembirakan saya adalah setelah pemeriksaan, doktor telah mengesahkan cyst yang saya alami sudah tiada lagi. Saya benar-benar gembira dan bersyukur pada waktu itu. Sungguh tak sangka kesan daripada produk Biodex sepantas ini.

Di bulan ketiga pengambilan PKB, tiba-tiba haid saya tidak datang pada tarikh yang sepatutnya. Saya segera mengajak suami untuk membuat pemeriksaan di klinik. Alangkah gembiranya saya apabila kami mendapat tahu saya disahkan hamil. Walau bagaimanapun, berita gembira itu hanya untuk sementara sahaja. Saya sekali lagi keguguran sewaktu kandungan berusia 6 minggu. Saya dan suami sekali lagi redha dengan ujian ini.

Pengalaman keguguran kali kedua ini tidak mematahkan semangat saya untuk terus berusaha bersama Biodex. Saya disarankan untuk mengambil Supremix, Susu IGC dan Manja Honey semasa berpantang. Menurut Perunding Kehamilan Biodex saya, produk-produk itu akan membantu mengekalkan tahap kesuburan dan menguatkan rahim saya. Alhamdulillah, sepanjang berpantang, tubuh saya terasa lebih segar, sihat dan bertenaga.

Kira-kira sebulan selepas 40 hari berpantang, saya mengalami pening dan tidak sedap badan. Saya ke klinik untuk membuat pemeriksaan, dan alangkah terkejutnya saya apabila disahkan hamil. Alhamdullah, dengan izin Allah, sungguh saya tidak jangka untuk kembali hamil secepat ini. Berkemungkinan besar produk Biodex yang sama amalkan sebelum ini termasuklah ketika berpantang telah menjadikan saya lebih sihat dan subur.

Alhamdulillah, sepanjang kehamilan, saya tidak mengalami alahan, malah kulit saya juga terpelihara. Saya dapati kulit saya licin dan kurang rekahan sebagaimana yang dialami oleh rakan-rakan saya ketika hamil. Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T, saya tidak lagi keguguran pada kehamilan kali ini. Saya akhirnya selamat bersalin seorang bayi perempuan seberat 2.7 kg. Segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan kami seorang zuriat setelah menempuhi ujian dan halangan sebelum ini.

Kepada mereka yang mempunyai masalah sukar hamil, rahim lemah atau cyst, saya sarankan cubalah produk Biodex. Ia amat mudah untuk diamalkan, dan yang lebih penting telah terbukti amat berkesan. Terima kasih Biodex!

Puan Nurul Husna Bt Hadirin

Dapatkan Produk Biodex
Kongsi Artikel Ini.. Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterEmail this to someonePrint this page