Tidak Sembab, Tidak Sakit Malah Berseri-seri Sepanjang Kehamilan

Nurfadilah Abu Samah, Melaka

Masalah: Gastrik, Alahan Yang Teruk

Selepas mendirikan rumah tangga selama setahun, saya telah berjaya hamil. Kami benar-benar gembira dan tidak sabar rasanya menantikan saat-saat untuk bergelar ayah dan ibu. Dalam tempoh kehamilan itu, saya telah mengalami masalah gastrik dan alahan yang agak teruk. Melihat kepada permasalahan saya ini, ibu saya telah mencadangkan agar saya mencuba Set Semasa Hamil Biodex. Dia yakin akan kelebihan dan keberkesanannya dalam membekalkan zat-zat dan vitamin yang diperlukan oleh ibu yang sedang hamil serta bayi dalam kandungan. Mendengar nasihatnya yang begitu yakin dengan Biodex, saya telah mendapatkan Supremix dan Susu IGC ketika usia kandungan masuk 5 bulan.

Setelah beberapa minggu pengambilan kedua-dua produk ini, saya dapat rasakan badan saya semakin sihat dan bertenaga. Masalah gastrik dan alahan yang saya alami sejak dari awal kehamilan telah pun hilang. Saya tidak lagi muntah-muntah atau mual dengan bau masakan yang sebelum ini tidak menyenangkan bagi saya. Saya turut dapat merasakan pergerakan bayi dalam kandungan semakin aktif dan seolah-olah bertindakbalas sewaktu saya mengusap-usap perut atau bercakap dengannya. Melihat respon yang positif ini, saya dan suami bersetuju untuk meneruskan pengambilan Set Semasa Hamil Biodex sahingga saat untuk melahirkan anak. Apa yang saya perhatikan, kulit saya juga semakin hari semakin lembut, tidak kering malah semakin berseri-seri. Saya juga tidak mengalami masalah sembab pada kaki, tangan dan muka yang biasanya berlaku pada wanita hamil apabila kandungan semakin sarat. Kesembapan ini bukan sahaja tidak selesa pada tubuh badan, malah membuatkan kita terasa lemah, sakit sendi, dan sakit di bahagian kaki terutama sewaktu bangun pagi selain menyebabkan rupa paras yang kurang berseri apabila muka seakan-akan bengkak, mata sembab dan hidung yang mengembang.

Alhamdulillah, keadaan ini tidak berlaku kepada saya. Setiap kali membuat pemeriksaan, doktor turut memuji akan kesihatan saya serta kandungan yang berada di dalam keadaan baik dan memuaskan. Menurutnya juga, janin saya membesar mengikut jadual dan badan saya tidak gemuk atau obes seperti yang biasa berlaku kepada wanita-wanita hamil. Saya yakin inilah kesan positif kerana mengamalkan Set Semasa Hamil Biodex secara rutin yang nyata membekalkan kalsium dan zat-zat penting untuk ibu dan bayi dalam kandungan.

Akhirnya, saya selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.9 kg. Anak sulung kami ini telah diberi nama Nur Eryna. Alhamdulillah, saya tidak mengalami sakit untuk bersalin dalam tempoh yang lama. Bayi yang dilahirkan juga tidak mengalami sebarang masalah kompilasi kesihatan. Kulitnya pula sungguh licin dan putih gebu berbeza dengan warna kulit saya. Pada awalnya bayi saya disyaki terkena demam kuning tetapi alhamdulillah dia telah sembuh hanya dalam tempoh beberapa jam. Saya dan ibu merasakan ini disebabkan kulitnya yang begitu putih gebu kelihatan seperti pucat dan dikatakan terkena demam kuning. Bayi saya tidak ditahan di wad dan dapat keluar dari hospital pada hari dia dilahirkan.

Susu badan saya juga telah keluar pada hari yang sama selepas melahirkan Eryna. Saya berasa sangat gembira kerana dapat mengajar bayi untuk menyusu serta mengenyangkannya. Nyatalah, Biodex bukan hanya membantu golongan wanita yang sukar hamil sahaja malah untuk semua ibu yang sedang hamil. Sekiranya anda sedang hamil, amalkanlah Set Semasa Hamil Biodex dan rasai kesannya sendiri. Jikalau Biodex berjaya mengatasi masalah wanita yang sukar hamil, sudah tentulah rangkaian produknya yang lain turut memberi kesan yang mengagumkan. Terima kasih Biodex!

Dapatkan Produk Biodex

Kongsi Artikel Ini.. Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterEmail this to someonePrint this page