PCOS, 2 Kali IUI, 1 Kali IVF, Alhamdulillah Hamil Dengan Biodex

Sharifah Rafizah Syed Yahya, K. Lumpur

Masalah: PCOS, Haid Tidak Teratur

Salam semua.. Nama saya Sharifah Rafizah. Selama tempoh 4 tahun saya berkahwin, saya masih tidak dikurniakan cahayamata. Saya mempunyai masalah hormon yang tidak stabil atau PCOS, maknanya telur tidak keluar atau kalau adapun, terlalu kecil. Period saya pun sangat tak teratur, cuma datang 2 atau 3 bulan sekali.

Dalam 4 tahun tu, macam-macam saya dah cuba. Saya pernah buat rawatan kesuburan selama setahun. Saya bekerja sebagai jururawat, jadi saya dah buat IUI sebanyak 2 kali dan IVF sekali, tapi tak berhasil. Berat badan saya yang naik sampai 75kg sebab rawatan kesuburan tu. Cubaan terakhir saya dengan IVF tahun 2006 pun turut gagal. Akhirnya, doctor suruh saya untuk turunkan berat badan sebab masalah berat badan saya pula menghalang saya daripada hamil.

Saya dapatkan Set Kehamilan Biodex lepas terbaca tentang produk ni dalam majalah Mingguan Wanita. Alhamdulillah, lepas sebulan guna produk Biodex, saya berjaya hamil. Tapi sayangnya rezeki kami tak lama, saya keguguran waktu kandungan berumur 8 minggu.

Sedih, kecewa, macam-macam perasaan saya rasa. Lepas 4 tahun kahwin, kali pertama hamil tapi akhirnya keguguran. Saya kesal sebab tak merujuk dengan betul kepada perunding Biodex sebelum mengamalkan produk Biodex ni.

Tak lama lepas tu, saya dapat tahu tentang Seminar Kehamilan Biodex dan saya pun ambil kesempatan untuk turut serta. Waktu seminar tu berlangsung, saya berpeluang bertemu dengan pengasas Biodex, Puan Hajjah Siti Murni Haji Yusof. Banyak informasi, tips dan pantang larang penting yang saya dapat daripada beliau. Saya sangat berpuas hati dan mula berikhtiar dengan PKB sekali lagi.

Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T, awal penggunaan berat badan saya turun sehingga 10kg! Lebih menggembirakan, lepas dua bulan setengah menggunakan produk Biodex, saya disahkan hamil lagi. Akhirnya saat-saat yang kami nantikan tiba lagi. Pada awal Muharram 2008, saya selamat melahirkan zuriat pertama melalui pembedahan.

Lepas bersalin, saya terus mengamalkan Set Bersalin Biodex, khusus untuk pembedahan. Alhamdulillah, luka jahitan sembuh dengan sangat cepat. Sepanjang waktu berpantang, saya rasa bertenaga dan boleh menyusukan bayi sepenuhnya. Bayi saya pun tak mengalami sebarang masalah kesihatan.

Waktu anak sulung saya berumur 1½ tahun, saya merancang untuk hamil sekali lagi. Maklumlah, usia dah makin meningkat. Tapi lepas 2 bulan mencuba, saya masih lagi gagal untuk hamil. Akhirnya saya kembali menggunakan Set Lengkap PKB. Alhamdulillah, selepas sebulan pengambilan, saya berjaya hamil sekali lagi.

Tapi rezeki saya tak berakhir disitu! Sewaktu anak kedua saya berusia 1½ tahun, sekali lagi saya berusaha untuk hamil dengan Set Lengkap PKB, dan sekali lagi saya berjaya hamil dengan produk Biodex. 

Selepas saya habis berpantang anak ketiga, saya terima panggilan daripada Yayasan Kesuburan Tunku Azizah (TAFF) yang memaklumkan permohonan saya untuk mendapatkan pembiayaan bagi menjalani IVF telah diluluskan. Saya agak terkejut kerana saya dah buat permohonan tu sejak sekian lama.

Impian yang tinggi untuk mendapatkan zuriat dulu mendorong saya untuk memohon dana tersebut. Walaupun kira-kira 5 tahun saya menunggu keputusannya, saya tetap bersyukur atas pertimbangan pihak TAFF. Saya menolak tawaran tersebut dan memaklumkan bahawa saya telah pun memiliki 3 cahayamata hasil ikhtiar dengan Biodex, serta dengan izin Allah S.W.T.

Alhamdulillah, kini anak-anak Biodex saya sudah berumur 9 tahun, 7 tahun dan 5 tahun. Saya sudah berjaya hamil dengan Biodex. Anda bila lagi?

Dapatkan Produk Biodex

Kongsi Artikel Ini.. Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterEmail this to someonePrint this page