Hampir Keguguran Tetapi Alhamdulillah, Akhirnya Selamat Melahirkan

Fairuzliza Omar, Kajang, Selangor

Masalah: PCOS, Haid Tidak Teratur, Berat Badan Tidak Seimbang

Dalam tempoh tiga tahun berkahwin, saya tidak pernah hamil. Pelbagai usaha telah saya lakukan, termasuklah bertemu doktor pakar pada usia perkahwinan satu tahun setengah. Doktor mengesahkan saya mengalami masalah PCOS iaitu masalah telur tidak matang. Hormon saya juga tidak stabil dan haid saya pula kadang-kadang datang, kadang-kadang tidak. Doktor mencadangkan saya menurunkan berat badan kerana jelas sekali berat badan saya tidak seimbang dan kitaran haid saya tidak teratur. Ini akan memburukkan lagi keadaan hormon saya yang menjadi semakin tidak stabil. Doktor menccadangkan saya melakukan senaman secara rutin untuk mendapatkan berat badan yang ideal terlebih dahulu, tetapi saya tidak berusaha keras ke arah ini. Saya cuma mengambil pil kesuburan untuk mempercepatkan kehamilan, namun tetap gagal.

Sehingga pada usia perkahwinan kami menjangkau tiga tahun, saya tekad untuk segera hamil. Saya segera berkunjung ke HQ Biodex di Setapak untuk mendapatkan maklumat lanjut. Perunding kehamilan Biodex mencadangkan saya untuk mengambil Supremix, Woman Lobata dan Tight La Honey. Mungkin kerana terlalu inginkan anak, kali ini saya betul-betul serius untuk menurunkan berat badan. Saya mula melakukan senaman dengan konsisten. Kebetulan pula pengambilan Set Kehamilan Biodex ini membuatkan saya kekal bertenaga dan sentiasa kenyang, jadi sekaligus dapat mengawal diet harian saya. Seperti yang dicadangkan oleh perunding kehamilan Biodex, saya perlu melebihkan protein, sayur-sayuran dan buah-buahan berbanding pengambilan karbohidrat. Jelas sekali keberkesanannya apabila saya dapat menurunkan berat badan saya sebanyak 8kg dalam tempoh sebulan sahaja.

Haid saya juga datang dengan lancar dan teratur. Saya cuba membuat pemeriksaan, dan alangkah terkejutnya saya apabila mendapat tahu saiz telur saya yang biasanya Cuma 8 cm, telah membesar menjadi 24 cm!

Saya bertambah yakin untuk meneruskan pengambilan Set Kehamilan Biodex, tetapi belum sempat saya menghabiskan set ke-2, saya telah disahkan hamil tiga minggu. Saya benar-benar bersyukur atas kurniaan Allah S.W.T kepada saya dan suami. Berkat penggunaan produk Biodex dengan konsisten, saya berjaya hamil dengan mudah.

Saya meneruskan kehamilan dengan pengambilan Set Semasa Hamil Biodex pula di awal kehamilan. Sehinggalah pada satu hari, saya dikejutkan sewaktu membuat pemeriksaan pada usia kandungan 7 bulan, doktor memberitahu anak didalam kandungan saya lebih kecil dari sepatutnya. Saya merujuk kepada pengasas Biodex, Puan Hajah Siti Murni dan beliau memberitahu saya jika ibu hamil yang pernah mengalami masalah PCOS, biasanya akan mengalami masalah kandungan berhenti membesar jika tidak mengamalkan pemakanan yang betul. Sudah semestinya Supremix dan Susu IGC perlu diambil dengan dos yang lebih tinggi dari ibu hamil yang tidak mengalami PCOS. Kata beliau lagi, ramai yang tidak mengambil berat pemakanan semasa hamil kerana bagi mereka jika sudah berjaya hamil, sudah memadai dan tidak perlu lagi mengambil produk Set Semasa Hamil Biodex untuk membantu pembesaran kandungan. Itulah silapnya dan sayang sekali sekiranya berlaku keguguran. Bagi wanita PCOS atau yang sukar hamil, bukan mudah untuk ‘lekat’, jadi sudah semestinya bila berjaya hamil, jagalah kandungan dengan baik dan pastikan kandungan terus kekal sihat sehingga waktu melahirkan.

Selepas mendengar penerangan Puan Hajah Siti Murni, saya merasa bersalah kepada bayi yang saya kandung kerana telah mengabaikan pengambilan Set Semasas Hamil Biodex selama satu bulan lebih kerana memikirkan ianya tidak penting. Saya terus dicadangkan untuk mengambil Supremix dan Susu IGC dalam dos yang lebih tinggi untuk membetulkan keadaan ini. Alhamdulillah selepas sebulan mengamalkan Set Semasa Hamil Biodex, pembesaran kandungan saya kembali menampakkan kesan yang positif. Alhamdulillah, saya selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.8 kg secara pembedahan kerana kedudukan bayi saya yang songsang. Saya tetap meneruskan Supremix dan Susu IGC untuk menambahkan susu badan serta rangkaian produk selepas bersalin Biodex. Kepada ibu-ibu diluar sana, jadikanlah Biodex sebagai produk utama bagi mengekalkan kesihatan, sebelum, semasa dan selepas bersalin, dengan izin Allah. Terima kasih Biodex!

Dapatkan Produk Biodex

Kongsi Artikel Ini.. Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterEmail this to someonePrint this page