7 Salah Tanggapan Sukar Hamil

‘Cyst atau Fibroid hanya boleh dikeluarkan melalui pembedahan.’

Fakta: Cyst atau Fibroid boleh dikeluarkan secara semulajadi melalui darah haid.

‘Sukar hamil tidak mempunyai kaitan dengan masalah berat badan.’

Fakta: Peluang kehamilan adalah lebih baik sekiranya diet atau pemakanan secara sihat serta kawalan berat badan diberi perhatian, malah risiko alahan semasa hamil serta kesukaran semasa bersalin juga boleh dikurangkan.

‘Peluang untuk hamil adalah sangat tipis jika hanya ada satu saluran Falopio.’

Fakta: Walaupun salah satu saluran Falopio telah dibuang melalui pembedahan, peluang untuk hamil masih tinggi sekiranya teori asas kehamilan difahami dan gaya pemakanan diberi perhatian.

‘Kerap melakukan hubungan kelamin akan meninggikan peluang untuk hamil.’

Fakta: Peluang untuk hamil hanya lebih tinggi sekiranya hubungan kelamin dilakukan pada waktu subur.

‘Sukar hamil atau ketidaksuburan hanya berlaku kepada mereka yang tidak pernah hamil.’

Fakta: Kajian menunjukkan ramai wanita gagal hamil kali kedua / ketiga walaupun pernah melahirkan anak sebelumnya.

‘Sukar hamil atau ketidaksuburan hanya berlaku kepada mereka yang berusia lewat 30an ke atas.’

Fakta: Kajian LPPKN menunjukkan kadar kesuburan di kalangan wanita di Malaysia yang berusia di antara 15-45 tahun menurun mendadak di antara tahun 1995 hingga 2007.

‘Ketidaksuburan merupakan masalah bagi kaum wanita.’

Fakta: Kajian menunjukkan terdapat peratusan yang tinggi bagi ketidaksuburan di kalangan golongan suami/lelaki.

Kongsi Artikel Ini.. Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterEmail this to someonePrint this page