Senggugut Sejak Belum Berkahwin

Ima Rohaiziean Binti M. Ruslan, N. Sembilan

Masalah:  Senggugut  /  Tempoh pengambilan:  3 Minggu

Saya mengalami masalah senggugut sejak dari sebelum berkahwin lagi. Hampir setiap kali datang bulan saya akan terpaksa menahan kesakitan yang tidak tertanggung rasanya. Seringkali aktiviti harian saya terjejas disebabkan oleh masalah tersebut. Berkemungkinan masalah ini menjadi salah satu faktor saya sukar hamil. Walaupun begitu, saya tidak pernah menjalani sebarang pemeriksaan mahupun rawatan untuk mengatasinya.

Selain itu, sejak berkahwin saya tinggal berjauhan dari suami. Dia di Jelebu dan saya pula di Tampin. Situasi ini menyebabkan kami jarang dapat bersama kecuali di hujung minggu atau cuti umum. Sudah tentulah hal ini juga sedikit sebanyak menjejaskan peluang untuk kami segera menimang cahayamata.

Sebagai seorang wanita yang telah berumahtangga pastinya saya sangat mengimpikan kehadiran cahayamata sebagai pelengkap dan penyeri rumahtangga. Namun masalah serta situasi yang saya hadapi membuatkan saya hanya mampu memendam rasa menjalani hari-hari yang terasa kosong dan sunyi.

Saya sering menghabiskan masa dengan membaca majalah khususnya majalah Mingguan Wanita bagi mengisi masa-masa yang terluang. Daripada situlah saya mula mendapat tahu tentang Program Kehamilan Biodex (PKB). Setiap minggu disiarkan kisah-kisah pengguna dengan pelbagai masalah dan situasi yang telah berjaya menimang cahayamata. Ada kisah yang menyentuh perasaan dan ada pula kisah yang membuatkan saya kagum dengan ketabahan mereka. Tertarik dengan kisah-kisah yang disiarkan, terdetik di hati saya untuk mencuba PKB.

Setelah menyampaikan hasrat tersebut kepada suami, kami sama-sama berkunjung ke Stokis Bertauliah Biodex di Seremban, bagi mendapatkan produk yang bersesuaian berserta panduan pengambilan. Sesi rundingan yang kami ikuti bersama perunding bertugas memberi peluang kepada saya untuk bertanya pelbagai perkara berkaitan kehamilan. Ternyata rangkaian produk dan perawatan Biodex begitu menyeluruh dari sebelum kehamilan sehinggalah selepas bersalin. Malah telah ramai pengguna yang mendapat kesan baik hasil dari kebaikan produk dan perawatan yang diamalkan. Ini meyakinkan saya bahawa Biodex memang memiliki pengkhususannya tersendiri dan amat berbeza dengan jenama-jenama lain.

Setelah mendapatkan Set Lengkap PKB, saya mula mengamalkannya dengan konsisten mengikut panduan yang diberikan. Saya juga menjaga amalan pemakanan harian agar seiring dengan tips yang diberikan untuk membantu mempercepatkan kehamilan. Alhamdulillah, kesannya memang jelas dirasai. Saya tidak mudah letih seperti sebelum ini dan tubuh saya juga terasa lebih ringan dan bertenaga.

Bulan berikutnya, saya tidak didatangi haid. Saya sangkakan ia mungkin kesan sampingan dari pengambilan PKB. Namun saya cuba untuk membuat pemeriksaan kalau-kalau saya telahpun hamil. Dengan hati yang teruja saya membuat ujian sendiri menggunakan alat UPT. Walaupun terdapat dua garisan yang menandakan keputusannya positif, tetapi ia agak samar. Lalau saya segera ke klinik untuk mendapatkan pengesahan. Alhamdulillah, doktor telah mengesahkan saya hamil 2 minggu.

Sebaik mendapat pengesahan tersebut, sudah tentulah saya amat bersyukur dan gembira dengan hasil ikhtiar sesingkat ini. Walaupun baru sahaja disahkan hamil, saya terasa seperti tidak sabar lagi untuk membuat persediaan menyambut kehadiran zuriat pertama kami.

Yakin dan kagum dengan kebaikan produk Biodex, saya telah mendapatkan Set Semasa Hamil untuk diamalkan sepanjang kehamilan. Teruja dengan kehamilan pertama ini, saya ingin memastikan yang terbaik untuk kandungan. Alhamdulillah, tidak sebagaimana sebahagian ibu-ibu hamil yang lain, saya langsung tidak mengalami apa-apa alahan seperti ‘morning sickness’, hilang selera makan, sembap kaki dan sebagainya. Malah, saya yang kekal cergas dan aktif membuatkan saya kelihatan seperti tidak terganggu langsung dengan kehamilan ini.

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi, pada tanggal 4 Ogos 2012 saya telah selamat melahirkan bayi perempuan yang sihat dan sempurna sifatnya. Lebih mengagumkan, kulitnya kelihatan begitu cerah dan bersih. Mungkin inilah yang sering diperkatakan tentang kesan dari khasiat pemakanan Set Semasa Hamil Biodex.

Tanpa ragu-ragu, sepanjang berpantang saya amalkan pula pengambilan produk Supremix dan Susu IgC untuk membantu membekal zat dan khasiat yang mencukupi bagi membantu memulihkan tenaga saya dengan cepat serta memberikan nutrisi yang diperlukan oleh puteri saya. Memang terbaik! Tenaga saya pulih selepas hanya seminggu dan saya mampu bergerak lebih cergas untuk menguruskan diri. Malah susu badan juga banyak dan saya mampu menyusukan puteri saya secukupnya.

Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana dipertemukan dengan produk dan perawatan Biodex yang terbukti memiliki kebaikan yang amat berkesan. Untuk itu, saya amat menyarankan kepada para isteri mahupun suami yang sedangkan mengimpikan cahayamata agar berikhtiar dengan Biodex. Malah, tidak salah jika saya katakan, anda yang sudah memiliki cahayamata pun amat boleh mengambilnya. Saya yakin ia boleh membantu meningkatkan kesihatan dalaman, insya Allah. Terima kasih Biodex.

Kongsi Artikel Ini.. Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterEmail this to someonePrint this page