Penantian 8 Tahun dan Sekali Keguguran

Ernawati Daud, Sarawak

Masalah:  Keguguran, Cyst  /  Tempoh Pengambilan:  3 Bulan

Bukan mudah menjalani kehidupan berumahtangga tanpa kehadiran cahayamata. Selama lapan tahun berkahwin, hanya sekali saya hamil. Malangnya kandungan saya hanya bertahan dua bulan sahaja. Mungkin saya terlalu banyak bergerak menguruskan perniagaan dan kurang rehat. Namun kata doktor, terdapat juga tanda jangkitan yang mungkin menyebabkan keguguran.

Sejak gagal kehamilan pertama saya tidak pernah hamil lagi. Oleh itu, apabila mendapat tahu tentang Biodex saya tidak teragak-agak untuk mencubanya. Lebih-lebih lagi selepas seringkali membaca kisah-kisah kejayaan pengguna yang disiarkan di majalah.

Selain mengambil produk Program Kehamilan Biodex (PKB) saya juga mengikuti rawatan Sengkak Rahim. Tidak banyak Stokis Biodex yang  menawarkan perkhidmatan ini. Bagus juga ia ada ditawarkan oleh Stokis Biodex di Kuching. Kata perunding, rawatan ini baik untuk membantu meningkatkan kesihatan dalaman dan menguatkan peranakan terutama kepada wanita bekerja yang aktif bergerak seperti saya.

Alhamdulillah, kira-kira tiga bulan berturut-turut saya mengambil produk PKB akhirnya saya disahkan hamil. Terbukti PKB memang berkesan! Syukur kerana ia memberi kesan baik kepada saya sepertimana ramai pengguna lain yang telah disiarkan kisah mereka.

Yakin dengan Biodex, saya ambil pula Set Semasa Hamil sebagai pemakanan tambahan sepanjang kehamilan sehinggalah bersalin. Sepanjang saya mengambil produk Biodex saya dapati kesannya memang baik. Alahan semasa hamil cepat hilang dan badan pun terasa cergas dan bertenaga walaupun sedang hamil. Selepas bersalin pula saya ambil Set Bersalin Biodex. Sama juga, ia tidak menghampakan. Pengalaman pertama kali berpantang terasa cepat berlalu. Saya rasa pulih sepenuhnya walaupun belum habis tempoh berpantang.

Dapatkan Produk Biodex

Kongsi Artikel Ini.. Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterEmail this to someonePrint this page