Tips Hubungan Intim Suami Isteri

Pengeluaran air mani selepas bersetubuh adalah biasa. Namun jika pengeluarannya banyak, itu menjadikannya luar biasa dan mungkin ada kaitan dengan cara wanita itu mengemas atau mengemut faraj yang menjadi amalan kebiasaan wanita selepas bersetubuh.

Cara paling bijak ialah:

  • Untuk wanita itu mendekatkan kedua-dua lutut ke dada untuk mengelakkan air mani daripada keluar sambil melegakan pembukaan faraj supaya air mani mendap ke dalam faraj.
  • Posisi menyalurkan ereksi dari belakang dengan wanita menyujud juga sesuai untuk memastikan yang air mani dipancut ke dalam. Beberapa minit kemudian wanita itu boleh tidur mengiring.

Hubungan kelamin dilakukan pada waktu subur

Waktu awal subur ialah tanda pengeluaran lendir yang semacam putih telur yang belum dimasak. Ini berlaku kerana telur dalam keadaan berkembang dan menunggu masa untuk menetas. 48 jam kemudian wanita itu akan terasa imbasan sengal di paras atas ari-ari yang menandakan ovulasi.

Jadi, jika hubungan kelamin dilakukan dari mulanya lendir jernih keluar dan seterusnya sehingga 2 – 3 hari selepas tanda ovulasi (hubungan kelamin boleh dilakukan selang-seli atau dua hari sekali), kemungkinan untuk hamil ialah 15% dalam sebulan.

Positifkan minda anda, tenangkan fikiran (jangan stress) serta sentiasa berniat dan berdoa agar berjaya hamil setiap kali melakukan hubungan kelamin dan sewaktu mengambil program untuk kehamilan ini.

Dapatkan Produk Biodex

Kongsi Artikel Ini.. Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterEmail this to someonePrint this page