Empat Faktor untuk Kehamilan

Adakah anda mengalami sukar hamil?

Sukar hamil merujuk kepada situasi apabila seseorang wanita sukar untuk hamil setelah lebih setahun mencuba atau sering mengalami keguguran apabila hamil. Sekiranya anda mengalami salah satu situasi tersebut, anda mungkin sedang berdepan dengan masalah sukar hamil.

Masalah sukar hamil berkait rapat dengan masalah ketidakkesuburan. Secara teori, terdapat 4 faktor yang menentukan tahap kesuburan pasangan suami isteri.

4 faktor untuk kehamilan

  1. Wanita itu perlu mengeluarkan telur daripada salah satu ovarinya (ovulasi)
  2. Telur tersebut mesti melalui saluran fallopian menuju ke uterus (rahim)
  3. Sperma lelaki pula perlu bergabung dengan telur dalam perjalanan menuju ke rahim.
  4. Telur yang telah disenyawakan itu perlu melekat di dalam rahim.

Kegagalan salah satu faktor di atas adalah dianggap penyebab ketidaksuburan dan masalah kehamilan.

Antara masalah-masalah yang sering dialami oleh wanita-wanita yang mengalami masalah kehamilan termasuklah masalah ovulasi atau pengeluaran telur, saluran atau tiub fallopian yang tersumbat atau terhalang dengan penyakit radang pelvik dan endometriosis, serta masalah fizikal rahim.

Walau bagaimanapun, bagi wanita-wanita yang tidak mempunyai mana-mana masalah di atas, peratusan untuk hamil dalam setiap bulan bagi lingkungan umur 25-35 tahun adalah antara 20-25% sahaja.

Masalah ovulasi merupakan penyebab ketidaksuburan wanita kerana tiada telur yang akan disenyawakan. Tanda-tanda wanita yang tidak berovulasi secara normal termasuklah haid tidak tetap atau tidak datang haid.

Pengeluaran telur dari kilang ovari adalah sangat penting bagi seorang wanita kerana ia akan mengukur tahap kesuburan wanita tersebut. Setiap wanita mempunyai 2 kilang ovari yang berfungsi untuk proses ovulasi atau pengeluaran telur. Secara teorinya, ovulasi atau proses pengeluaran telur berlaku dalam satu pusingan haid di mana satu telur akan dikeluarkan pada hari ke 14 setiap kali haid.

Proses pencantuman antara telur wanita dan benih lelaki (sperma) mungkin berhasil jika persetubuhan dilakukan ketika waktu subur. Telur yang matang hidup 24 jam sedangkan sperma boleh hidup antara 48-72 jam dalam tubuh wanita. Oleh itu, melakukan hubungan sebelum ovulasi adalah lebih baik untuk meningkatkan peratus kehamilan berbanding sehari atau dua hari sesudahnya.

Dapatkan Produk Biodex

Kongsi Artikel Ini.. Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterEmail this to someonePrint this page