TESTIMONI HAMIL

 

1 tahun Rawatan Kesuburan, 2 kali IUI, 1 kali IVF ,Akhirnya Berjaya Hamil Dengan PKB.........

Puan Sharifah Rafizah Binti Syed Yahya 33 tahun , (Jururawat). 4 tahun lebih berkahwin, Saya mengalami masalah tidak kestabilan hormon atau PCOS yang mana
menyebabkan telur tidak keluar atau membesar dan tidak boleh bersenyawa. Period tidak datang setiap bulan Saya menjalani IUI sebanyak 2 kali dan IVF yang bukan sedikit perbelanjaan walaupun mendapat harga istimewa . Sepanjang perawatan tersebut saya tertekan dengan symptom yang di lalui seperti pening,loya dan sebagainya. Ini tidak termasuk menjalani rawatan kesuburan selama 1 tahun yang mana jika orang lain mengambil 1 biji sehari tetapi saya mengambil 2 biji sehari untuk mempercepatkan kesuburan . Saya juga menjalani rawatan kesuburan yang menggunakan kaedah suntikan. Dalam tempoh tersebut, berat badan meningkat sehingga 75 kg dan tumbuh bulu yang banyak dibadan, atas bibir dan lengan kerana ketidakstabilan hormon. Inilah kesan sampingan yang perlu saya hadapi.
Setelah cubaan terakhir menggunakan kaedah IVF pada akhir 2006 yang lalu tidak berjaya , saya ambil keputusan menggunakan Program Kehamilan Biodex (PKB) pada Jan 2007. Doktor menasihatkan supaya saya menurunkan berat badan. Selepas menggunakan PKB, period saya datang dengan lancar dan bulan Feb period tidak datang lagi. Saya langsung tidak menyangka bahawa saya boleh hamil secepat itu dan saya tidak membuat "Pregnacy Test" sebab bimbang kecewa lagi. Apabila sedar saya hamil keadaan sudah terlambat, saya keguguran pada bulan Mei 2007 kerana tidak menjaga kandungan saya sebaiknya. Saya bekerja keras tanpa rehat dan tidak mendapat penerangan cara pemakanan PKB dengan betul dan pantang larang yang patut diikuti.
Selepas mengikuti seminar saya benar-benar bersemangat dan terus membeli dua set produk PKB iaitu Supreme Diet, Body Lift, Woman Lobata, IgC dan Manja Prune . Alhamdulillah, seperti kehamilan yang pertama dengan 1 set PKB sahaja saya telah berjaya hamil tetapi kali ini saya tidak bertangguh untuk terus membuat "Pregnancy Test". Kini tetap meneruskan Supreme Diet , Susu IgC , Body Whitening Lotion , Liquid Manja Prune , Feminie Wash , Bio Spa Lotion dan Aura Meriyan.
Saya juga akan menggunakan Set Bersalin Biodex kerana mahukan sistem badan yang kuat supaya boleh hamil lagi untuk anak ke-2.

NAMA
Puan Norlea Bt Yumtong 35 tahun dari Sg Besi Kuala Lumpur.

MASALAH
- Menunggu selama 3 tahun untuk memperoleh cahaya mata dan masalah
   kegemukkan.

PRODUK PKB YANG DIAMBIL
- Body Lift, Supreme Diet, Liquid Manja Prune dan Woman Lobata.

KESAN PENGAMBILAN PKB
- Selama 2 setengah bulan mengamalkan PKB berat badan dapat diturunkan
  sebanyak 12 kg iaitu dari 84 kg kepada 72 kg.
- Tanpa disangka beliau hamil kembar pada usia 35 tahun walaupun di kedua belah
  pihak samada beliau mahupun suami tidak pernah ada keturunan kembar.

KESAN POSITIF KEPADA IBU DARI PENGAMBILAN SET SEWAKTU HAMIL
- Sepanjang kehamilan badan rasa sihat dan cukup bertenaga malahan sewaktu
  melahirkan anak beliau rasa cukup bertenaga dan mudah bersalin.

KESAN POSITIF KEPADA IBU DARI PENGAMBILAN SET SELEPAS BERSALIN
- Mengambil Supreme Diet, Body Lift dan Liquid Manja Prune. Amat mengejutkan
  kerana beliau mendapati penyakit darah tinggi dan migrain beliau tiada lagi. Jika
  tidak beliau terpaksa mengambil suntikan setiap minggu untuk meredakan
  penyakit tersebut.

 

 

11 tahun berkahwin tidak pernah hamil, Akhirnya berjaya dengan PKB........

Puan Zawiah binti Ngah dari Dungun,Terengganu.Selama 11 tahun perkahwinan, tidak dikurniakan cahaya mata malah hamil sekejap pun tidak pernah saya alami ( keguguran ). Keadaan bertambah rumit memandangkan umur telah pun meningkat 38 tahun.Tambahan pula saya menghadapi masalah period yang tidak menentu, kadang-kadang 2 atau 3 bulan sekali baru datang.
Adik saya mencadangkan supaya menggunakan PROGRAM KEHAMILAN BIODEX( PKB). Sewaktu saya mengambil PKB, period saya sudah 7 bulan tidak datang tetapi alhamdulillah setelah mengambilnya, period saya datang 4 bulan berturut-turut sehinggalah bulan ke 5 period saya tidak datang.Saya tidak cepat-cepat membuat pemeriksaan kehamilan tetapi saya telahpun memberhentikan body lift dan yang lain. Saya hanya meneruskan Supreme Diet sehinggalah bulan berikutnya period masih tidak datang lagi. Apabila doktor mengesahkan saya hamil, saya dan suami bagaikan tidak percaya,rasanya bagaikan bermimpi.Tidak lupa saya memanjatkan syukur kepada yang Maha Esa kerana dengan izinNya saya berjaya hamil. Saya sangat berharap agar saya dan kandungan selamat. Sekarang saya tetap meneruskan pengambilan produk Biodex semasa kehamilan iaitu Supreme Diet, susu IGC Goat, Feminine Wash, Body Whitening Lotion, Ginkgo Honey dan Aura Meriyan.
Saya juga bercadang untuk menggunakan Set Bersalin Biodex Perfect Mum kerana saya yakin dengan keberkesanannya dan keunikan formulanya telah terbukti berkesanberharap supaya saya dapat hamil lagi untuk anak yang berikutnya tanpa menunggu lama.InsyaAllah
.

Selama 14 tahun berumahtangga , hidup sepi tanpa cahayamata...


Saya Suzana Bt Abdul Hamid berkahwin pada usia yang muda iaitu 21 tahun dengan harapan apabila umur sudah meningkat, anak-anak telahpun membesar dan bekerja . Namun tahun demi tahun menunggu tiada tanda-tanda saya akan hamil. Sudah puas berusaha dengan pelbagai kaedah tradisional dan moden seperti berurut , jumpa bidan serta mendapatkan khidmat doktor pakar.Kami terpaksa berulang alik ke hospital dan menjalani pelbagai pemeriksaan suami isteri bagi menentukan punca sebenar masalah kami.Menurut doktor pakar, saya dan suami tidak mengalami masalah yang boleh menyebabkan saya sukar hamil namun doktor tetap memberikan saya pil kesuburan tetapi yang menghairankan saya tetap juga tidak hamil. Mungkin bukan rezeki saya lagi. Namun kadang-kadang rasa juga rendah diri dan kecewa apabila terdengar kata-kata yang memeritkan telinga mengatakan saya ini memang tidak boleh hamil begitu juga yang sampai pada suami saya.Apa lagi yang boleh kami buat,bukan tidak berusaha dan bukan kehendak kami mahu begini . Walaupun sedih, saya tetap bersabar dan berdoa mudah-mudahan Tuhan memakbulkan hajat kami.
Sehinggalah satu hari terbuka hati saya untuk mencuba set Program Kehamilan Biodex(PKB) yang setiap minggu memaparkan pengakuan pengguna yang berjaya hamil. Saya dan suami sepakat untuk mengunjungi ibupejabat BIODEX di Sentul bagi mendapatkan khidmat nasihat pemakanan yang betul. Saya memulakan pengambilan PKB ini pada ogos 2007 dan kesan positif di awal penggunaan saya dapat rasai masalah senggugut saya telahpun hilang. Suami saya juga mengambil Set untuk kesuburan lelaki dan macam biasa lelaki agak "liat" sikit nak mengambil apa-apa supliment. Sebagai seorang isteri, saya sentiasa memberi semangat serta mengingatkannya apa yang ditanggung ini adalah masalah bersama dan dua-dua kena berusaha.
Saya meneruskan pengambilan PKB ini sehingga 6 bulan lamanya dan telah menukarkan pembelian produk kepada agen yang berhampiran dengan saya Puan Norli 013-3373750(Ampang). Pada bulan januari 2008 period saya tidak datang dan saya terus membuat pemeriksaan di klinik berdekatan. Doktor telah mengesahkan yang saya hamil 8 minggu dan ini amatlah mengejutkan saya dan suami. Tiada apa yang terkeluar dari mulut saya hanya airmata kegembiraan mengisi berita baik ini. Memang saya betul-betul tidak percaya dan benar-benar bersyukur kepada Allah SWT dengan berkat ikhtiar menggunakan PKB saya telah berjaya hamil.
Semua ahli keluarga dan adik-beradik saya gembira dengan berita kehamilan ini. Mereka member i sokongan penuh sehinggakan segala kerja-kerja rumah dan perniagaan diuruskan oleh mereka. Mereka faham inilah impian saya yang tiada tolak banding dengan wang ringgit , rasanya telah lengkap hidup ini sebagai wanita apabila dapat merasai pengalaman hamil dan bakal menjadi ibu.
Walaupun saya mengalami masalah alahan di awal kehamilan namun saya tetap gembira kerana pengalaman inilah yang melengkapkan saya untuk menjadi ibu yang benar-benar bersyukur. Kini kandungan saya telah pun menjangkau 6 bulan dan saya tetap meneruskan Set Semasa Hamil Biodex dan sudah pastinya saya juga mahu mengambil Bioselusuh bagi memudahkan proses kelahiran ini, insyaAllah.