Info Pengarah

Nadi utama B.dex Beauty Centre adalah gandingan dinamik pasangan pengarah yang membentuk persefahaman jitu dalam memimpin perkembangan syarikat.

Pn Hajjah Siti Murni Haji Yusof - Pengasas / Pengarah Urusan & Pelaburan

Pn Hajjah Siti Murni Haji Yusof merupakan ahli perniagaan yang tidak asing dalam industri peruncitan dan pemasaran produk kesihatan dan kecantikan. Dengan pengalaman dan penglibatan aktif selama lebih 20 tahun, beliau adalah perancang utama syarikat yang bertanggungjawab mengenalpasti keperluan pasaran.

Selama tempoh penglibatan beliau dalam perniagaan, beliau telah membantu menaikkan ramai usahawan kecil dan menggilap perunding-perunding muda khususnya dalam bidang peruncitan dan perkhidmatan dalam industri yang diceburinya.

Berperwatakan sederhana, tegas, dan sentiasa bersemangat dalam hal-hal yang diberi fokus. Ibu kepada 4 orang anak ini amat prihatin dan sentiasa peka terhadap permasalahan dan keperluan pelanggan.

Dalam mengembangkan perniagaannya ke peringkat Asia Tenggara serta meneroka bidang-bidang baru, beliau berimpian untuk membantu melahir dan menaikkan lebih ramai usahawan wanita yang kental dan berdaya maju.


Haji Rahmad Muda - Pengarah Operasi & Pembangunan

Haji Rahmad Muda merupakan pelengkap kepada kekuatan perancangan dan strategi syarikat. Beliau merupakan kunci kepada kelicinan dan keberkesanan operasi syarikat. Dengan pengalaman lebih 12 tahun dalam pengurusan dan pemasaran bidang peruncitan dan pengedaran, beliau memiliki idea yang dinamik serta daya pemikiran yang kritis dalam membantu merencanakan perjalanan syarikat.

Pemegang Diploma Pengurusan Teknologi Maklumat ini memiliki kekuatan dalam membina rangkaian sokongan kepada operasi syarikat. Beliau juga bertanggungjawab dalam membantu pengurusan kewangan yang berkesan serta memastikan keberkesanan pelaburan.

Seorang yang komited, tegas, bertanggungjawab dan responsif, beliau merupakan penggerak kepada perlaksanaan perancangan syarikat, kajian dan pembangunan, dan pencapaian produktiviti. Misi utama beliau adalah untuk menyediakan sebuah pasukan yang kental dan berdaya saing dalam menjayakan setiap perancangan dan penerokaan perniagaan.