Info Syarikat

Biodex® merupakan jenama rasmi rangkaian produk kesihatan dan kecantikan yang dikeluarkan oleh B.dex Beauty Centre Sdn Bhd. Produk utama yang dikeluarkan ialah produk berkaitan kehamilan yang sehingga kini mendapat sambutan yang sangat baik bukan sahaja di seluruh negara, malah di Brunei, Singapura dan Indonesia.

Biodex® mendapat sokongan yang baik dari rangkaian stokis dan pengedar di seluruh negara. Selain jualan dan edaran, pusat-pusat stokis dan pengedar juga menawarkan khidmat nasihat dan rundingcara kepada para pelanggan dan pengguna berkaitan dengan produk, kelebihan, kesesuaian dan tips-tips kehamilan, penjagaan kesihatan dan kecantikan. Selain itu, taklimat serta seminar turut dianjurkan oleh pihak B.dex Beauty Centre Sdn Bhd dari satu daerah ke satu daerah bagi memenuhi permintaan pengguna yang memerlukan lebih informasi dan panduan.

B.dex Beauty Centre Sdn Bhd diasaskan oleh Pn Hajjah Siti Murni Haji Yusof dalam tahun 2002 dan merupakan syarikat milik penuh Bumiputra dengan persijilan dan pengiktirafan yang sah dari pihak-pihak berkuasa yang berkenaan dalam bidang industri yang diceburi.

B.dex Beauty Centre Sdn Bhd didokong oleh kumpulan pengurusan dan kakitangan yang komited, bertanggungjawab, berdaya saing dan sentiasa bersedia untuk menjayakan misi dan visi syarikat. Kepelbagaian latarbelakang, kemahiran dan pengalaman menjadikan mereka sebuah kumpulan yang dinamik dalam membawa syarikat berada ke tahapnya pada hari ini.

B.dex Beauty Centre Sdn Bhd beribupejabat di Kuala Lumpur dan memiliki cawangan di Kuantan dan Kuala Terengganu. Ia juga memiliki pejabat urusan di Jakarta, Indonesia sebagai usaha strategik untuk memperluaskan pasarannya di negara tersebut. Sehingga kini, B.dex Beauty Centre Sdn Bhd telah berjaya menempatkan rangkaian produk Biodex® di seluruh negara dari Perlis hingga ke Sabah, dan di negara jiran Brunei dan Singapura.